Jika di UiTM, selfie sewaktu di pentas graduasi adalah menyalahi peraturan.

BACA: Pelajar UiTM Digantung Setahun Kerana Selfie Dan Ini Reaksi Di Twitter

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi sebaliknya di United Kingdom (UK), seorang pelajar Malaysia bernama Badrul Hisham yang sukakan cabaran telah pun melakukan aksi selfie sewaktu menerima skrol di majlis graduasi beliau.

Malah bukan setakat selfie, beliau juga turut menari di atas pentas. Jika anda perasan, dia memakai baju Melayu!

First in England!!
Seb baik aku tak masuk Uni kat Malaysia. Kalau tak confirm kena buang negara. Scroll Master Mechanical pon akan kena buang. Haha. Still I am the first in England (maybe Europe) to dance & selfie with the Chancellor. What a beautiful day.

https://www.youtube.com/watch?v=nvhiHzUdWRQ&feature=youtu.be

Apabila ditanya tujuan beliau menari dan selfie di pentas, ini jawapannya sambil berseloroh;

Saya menari ini untuk pikat hati seorang perempuan dan terus menjadi berani.

Hehe. Patutlah lain macam beraninya sampai sanggup berkayuh basikal dari UK untuk balik ke Malaysia selepas habis belajar.

Badrul Hisham juga telah menulis berbagai pengalaman menarik beliau sepanjang berkayuh dari UK ke Malaysia dalam buku yang bertajuk Advantura Pulang Ke Malaya.

Untuk tempahan, review dan upate terkini anda boleh ikuti Facebook Page ADVantura Pulang Ke Malaya di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram