Pasti ramai yang mengenali Topias Miikka Taavitsainen atau lebih dikenali sebagai Topson dalam kalangan peminat Dota. Bagi yang tidak kenal Topson, beliau adalah pemain profesional Dota 2 bagi pasukan OG.

Semalam, pasukan OG telah memuat naik sebuah video dokumentari tentang Topson dan turut berkongsi gambar Topson bersama isteri di hadapan sebuah restoran mee tarik di ibu kota.

Menerusi video yang dimuat naik, ia menunjukkan Topson bercerita tentang perjalanannya dalam arena Dota dan juga menyampaikan hasratnya untuk kembali bertanding tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan para peminat Topson menzahirkan keterujaan mereka untuk melihat kembali Topson beraksi dalam arena.

Bukan itu sahaja, restoran mee tarik yang dikunjungi mereka dalam video tersebut juga menjadi buah mulut dan ramai orang mahu berkunjung ke restoran terbabit.

Untuk pengetahuan anda, restoran Lan Zhou Mee Tarik ini terletak berhampiran Pasar Seni dan pernah viral sebagai tempat makan perlu dicuba jika ke Kuala Lumpur.

Jom tonton dahulu dokumentari tersebut sebagai tanda sokongan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa berita sensasi di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Ingatkan Pergi Fashion Show’ – Netizen Pelik Lihat Jemaah Indonesia Berdandan Ketika Pulang Tunai Haji

Jualan Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairulaming Umum Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan