Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Beberapa bulan lalu jenama pakaian mewah terkenal, Chanel mengumumkan untuk tidak lagi menjual sebarang produk kulit haiwan eksotik. Kini gedung serbaneka terkenal di London, Selfridges & Co turut mengikuti jejak langkah Chanel.

Selfridges dalam satu kenyataan memberitahu usaha untuk menghentikan jualan pakaian menggunakan kulit haiwan eksotik akan dilakukan secara berperingkat bermula minggu ini. Antara produk yang terlibat termasuk produk yang diperbuat daripada kulit buaya dan ular. Penjualan akan dihentikan sepenuhnya menjelang tahun 2020 atau sehingga stok produk tersebut habis sepenuhnya.

HYPE
Menu Paling Digemari Rakyat Malaysia, Prosperity Burger Kini Kembali Di McDonald’s
Baca lagi →

Penjualan produk yang diperbuat daripada kulit haiwan ternakan lain akan diteruskan buat masa ini. Selfridges mengambil keputusan tersebut bertujuan untuk menjamin kelangsungan hidupan eksotik selari dengan harapan untuk menghasilkan produk yang baik untuk pengguna dan alam sekitar.