Sebuah selipar buruk milik mendiang Steve Jobs telah dilelong pada harga yang tidak masuk akal. Uniknya, sandal ini hanyalah sebahagian barangan peribadi Jobs dan bukanlah sesuatu yang dianggap berharga seperti Macintosh, buku nota, atau surat-surat penting.

Dilaporkan oleh AP News, sepasang sandal yang digunakan oleh Steve Jobs dilelong pada harga USD$ 218,750 atau sekitar RM995,496.00. Pada mulanya, pusat lelong Julien’s Auctions meramalkan bahawa barangan ini akan dijual pada harga antara USD$60,000 hingga USD$80,000 sahaja

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sandal Birkenstock berwarna coklat dipakai oleh Jobs pada tahun 1970-an dan 80-an. Sandal itu kemudiannya diambil dari timbunan sampah oleh Mark Sheff, seorang chef yang mengendalikan salah satu hartanah Jobs di Albany, California pada 1980-an.

“Sandal adalah sebahagian daripada kesederhanaan. Itulah pakaian seragam. Perkara yang menarik tentang pakaian seragam ialah anda tidak perlu risau tentang apa yang perlu dipakai pada waktu pagi,” tulis Julien’s Auctions dalam penerangan tentang sandal Jobs.

Dia tidak akan melakukan atau membeli apa-apa hanya untuk menonjol daripada orang lain. Dia hanya percaya pada kepintaran sesuatu rekaan serta keselesaan memakainya.

Julien’s Auctions menjelaskan bahawa sandal itu sebelum ini telah dipamerkan di beberapa negara, termasuk di kedai Birkenstock pertama di Amerika Syarikat dan di Muzium Sejarah Wurttemberg di Stuttgart, Jerman.

Kemudian, pemenang lelongan akan menerima sandal Birkenstock Jobs yang disimpan dalam bekas pelindung keras. Terdapat juga NFT percuma dalam bentuk imej digital 360 darjah yang memaparkan sandal tersebut.