Sekiranya anda mahu mencari produk YEEZY dengan harga mampu milik, selipar ini adalah jawapannya. YEEZY SLIDE ‘BONE’ ini telah diumumkan jualannya di Malaysia oleh pihak adidas Malaysia sebentar tadi.

YEEZY SLIDE ‘BONE’ akan dijual kepada umum pada jam 10.00 pagi 6 Disember 2019 dengan harga hanya RM240. Selipar ini boleh dibeli secara atas talian dan juga di butik adidas Originals Concept, Suria KLCC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang mahu beratur, anda boleh berbuat demikian seawal jam 6.00 pagi hari Jumaat supaya peluang anda untuk memiliki selipar ini lebih cerah. Untuk sebarang info lanjut, anda boleh baca di sini.

YEEZY sentiasa mendapat setiap kali ia dilancarkan di pasaran. Sebelum ini, ratusan peminat setia YEEZY beratur di Pavilion KL untuk model YEEZY 350 V2 ‘Cloud White’.

Ratusan ‘Peminat’ Beratur Semalaman Di Pavilion KL Untuk Kasut YEEZY 350 V2 Cloud White

adidas Bakal Jual Model YEEZY ‘Croc’ Pula Tahun Hadapan