Jeans adalah sebahagian daripada gaya klasik yang sesuai dipakai tidak kira apa jua acara. Sejumlah jenama juga telah berusaha keras untuk menawarkan pilihan unik mereka dengan reka bentuk yang berbeza.

Terbaharu, Gucci mengeluarkan seluar jeans unik dengan corak yang tidak pernah difikirkan orang. Ia nampaknya seperti diilhamkan oleh aktiviti harian seperti orang pergi berkebun dengan corak rumput.

33427666-8754977-image-a-6_1600677178422

Seluar denim ‘eco wash’ ini hadir dengan dengan corak rumput di bahagian paha dan dijual pada harga £ 600 bersamaan RM3,000. Seluar jeans tersebut akan dilancarkan bersama-sama dengan koleksi musim bunga nanti.

Akhir-akhir ini, banyak jenama besar menghasilkan corak ‘kotor’ bagi meyakinkan pengguna bahawa barang yang kelihatan usang atau terpakai kelihatan bergaya. Terdahulu, Converse juga menghasilkan corak ‘kotor’ pada kasut rekaan mereka dan dijual pada harga yang tinggi.

Gucci grass stain jeans

Credit: Gucci

Seperti yang dikeluarkan oleh Gucci, bahagian seluar tersebut memiliki corak warna coklat dan hijau, seperti pengguna baru berkebun atau bermain di padang rumput. Rekaan ini diilhamkan oleh musim bunga di mana banyak orang menghabiskan masa di luar rumah.

Gucci dalam satu kenyataan berkata bahawa seluar jeans dengan ukuran lebar ini diperbuat daripada kapas organik khas agar kelihatan seperti lusuh dan rosak bagi koleksi musim bunga 2020.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Converse Dikritik, Jual Kasut Dengan Reka Bentuk ‘Kotor’ Pada Harga RM380.00