Jika di negara lain mungkin lain ceritanya. Tetapi inilah yang berlaku di Australia apabila seorang hakim di sana membuat keputusan untuk meringankan hukuman penjara diterima seorang pramugari warga Malaysia di atas kesalahan berkait penyeludupan dadah.

Keputusan itu menurut laporan media dibuat hakim selepas mengambil kira alasan terdesak pramugari itu ketika melakukan jenayah berkenaan iaitu bagi membantu membiayai kos perubatan anaknya.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

“Anda terdesak untuk mencari duit bagi membayar kos pembedahan anak perempuan anda demi meningkatkan kualiti hidupnya,” jelas hakim berkenaan.

judge

Mula ditahan sejak tahun lalu di sana, hakim Michael Cahill menurut laporan media Australia, 9News Melbourne meringankan hukuman penjaranya kepada sembilan tahun dan enam bulan. Malah dia juga berpeluang untuk dibebaskan selepas tiga tahun menjalani hukuman tersebut.

Pramugari dari Malaysia yang dikenali sebagai Zailee Zainal pada 2019 ditahan pihak berkuasa Australia selepas didapati menyeludup masuk dadah heroin ke negara itu.

Menggunakan modus operandi meletakkan dadah berkenaan ke dalam pakaian dalamnya, beliau dilaporkan telah melakukan lapan trip yang melibatkan lebih daripada 4 kilogram heroin ke negara itu sebelum tertangkap.

zailee1

Dadah bersama pakaian dalam yang digunakan dalam penyeludupan berkenaan.

Bukan pilihan

Menurut laporan Free Malaysia Today, Zailee sebelum ini bagaimanapun difahamkan mengaku kepada pegawai penyiasat di sana dia telah melakukan lebih 20 trip penyeludupan masuk dadah ke negara itu.

Laporan itu juga mendedahkan ianya dilakukan Zailee bagi membiayai kos perubatan anaknya yang perlu menjalani beberapa pembedahan. Bagaimanapun, penyeludupan dadah bukanlah pilihan pertama yang dipilih beliau.

Tetapi dia dan suaminya pernah meminta bantuan daripada rakan-rakan dengan menghantar e-mel sebelum didekati sindiket berkenaan pada 2018 yang mengambil kesempatan di atas kesusahan dialami mereka berdua.

Apa yang perlu dilakukannya bersama sindiket itu adalah mengambil heroin di Malaysia, membawa masuk ke Australian menggunakan penerbangan dan kembali ke Malaysia untuk mengambil upah yang telah dijanjikan.

Bagaimanapun ianya bukanlah satu kerja yang mudah untuk dilakukan apabila dia juga dilaporkan memerlukan masa sehingga tiga bulan untuk berjalan dengan bungkusan berkenaan di celah pahanya sebelum boleh melakukan penyeludupan dengan yakin.

Tetapi selepas beberapa bulan, pihak berkuasa Australia berjaya menghidu kegiatannya dan ditahan sebelum dijatuhkan hukuman penjara baru-baru ini.

Bagaimanapun, dengan belas kasihan yang ditunjukkan oleh pihak penghakiman, hukuman yang diterima itu difahamkan adalah lebih ringan berbanding apa yang diterima pesalah lain.

Baca juga perkongsian daripada kami mengenai bekas ketua perisikan ini yang didakwa menggunakan puluhan juta ringgit untuk membeli jam tangan mewah melalui pautan di bawah. 

Bekas Ketua Perisikan Malaysia Dituduh Guna RM50.4 Juta Dana Kerajaan Beli Jam Tangan Mewah

Bungkusan Ganja Dipercayai Dilontar Dari Negara Seberang Ditemui Di Sempadan Padang Besar

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Anda Mungkin Suka