Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membongkar kegiatan sindiket pemalsuan cop keluar dan masuk membabitkan kaedah penggunaan ‘pasport terbang’ dan kaunter khas di pintu masuk negara.

Menurut laporan, 27 kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), 14 ejen pekerja asing dan 5 orang awam telah ditahan SPRM kerana terlibat dengan sindiket tersebut. SPRM juga telah merampas 21 kenderaan mewah pelbagai model dimiliki kakitangan JIM yang diberkas pada hari Selasa lalu.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

#OpsSelatPemalsuan cap sempadan: 23 individu dibawa ke mahkamah untuk direman PUTRAJAYA, 17 Nov — Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dipercayai berhubung kes pemalsuan cap sempadan.Sebahagian daripada mereka dibawa menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa lagi dengan kereta tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 10 pagi. Seramai 19 lelaki dan empat wanita yang memakai baju jingga dan bergari itu kemudiannya dibawa ke tingkat satu mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.Kesemua mereka memakai pelitup muka dan diperiksa suhu sebagai langkah mengekang penularan COVID-19. Difahamkan, beberapa individu lain akan turut direman di Johor Bahru, Johor; Kuching, Sarawak; dan Kota Kinabalu, Sabah; hari ini bagi membantu siasatan kes pemalsuan cap sempadan.Sementara itu, di JOHOR BAHRU, seramai 13 individu termasuk sembilan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikenakan perintah reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan cap sempadan negara.Turut direman, empat orang awam yang dipercayai bertindak selaku ejen dalam membantu kegiatan jenayah itu dengan mendapatkan khidmat cap berkenaan untuk warga asing.Perintah reman sehingga 23 November itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mohammad Salehuddin Abd Sani yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.Menurut sumber SPRM, anggota JIM yang terlibat dalam kegiatan itu menerima suapan anggaran RM100 hingga RM500 bagi setiap pasport sejak 2017 hingga tahun ini.Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan SPRM Mahadi Abd. Jumaat.Sementara itu, empat orang awam direman yang bertindak sebagai ejen diwakili peguam Noordin Hussein, Baharudin Baharim dan Amarpreet Singh manakala sembilan anggota JIM diwakili peguam S. Bharathi.Terdahulu, kesemua individu yang berumur antara 35 hingga 45 tahun itu tiba di mahkamah menaiki sebuah bas pada pukul 9.15 pagi.– BERNAMA

Posted by SPRM on Monday, November 16, 2020

Kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaan untuk siasatan dan antara model kereta dirampas adalah Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.

Difahamkan, kereta mewah ini merupakan hadiah dibeli ejen atau orang tengah untuk ‘beli’ hati anggota imigresen sejak tahun 2017 lagi. Selain kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi serta wang sogokan bernilai RM132,000 dan wang dalam akaun bank bernilai RM616,499 turut disita pihak SPRM.

mewahcop2_1605830449

mewahcop4_1605830455

KENYATAAN MEDIA SPRMSPRM KESAN DUA LELAKI BANTU SIASATAN RASUAH LIBAT SINDIKET SALAH GUNA PENGESAHAN CAP SEMPADAN…

Posted by SPRM on Tuesday, November 17, 2020

Perkara ini turut dibuktikan apabila pegawai berpangkat rendah memiliki wang simpanan dan kenderaan mewah. Ketika ini, SPRM masih memburu dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari?

Anda Mungkin Suka