Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membongkar kegiatan sindiket pemalsuan cop keluar dan masuk membabitkan kaedah penggunaan ‘pasport terbang’ dan kaunter khas di pintu masuk negara.

Menurut laporan, 27 kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), 14 ejen pekerja asing dan 5 orang awam telah ditahan SPRM kerana terlibat dengan sindiket tersebut. SPRM juga telah merampas 21 kenderaan mewah pelbagai model dimiliki kakitangan JIM yang diberkas pada hari Selasa lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaan untuk siasatan dan antara model kereta dirampas adalah Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.

Difahamkan, kereta mewah ini merupakan hadiah dibeli ejen atau orang tengah untuk ‘beli’ hati anggota imigresen sejak tahun 2017 lagi. Selain kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi serta wang sogokan bernilai RM132,000 dan wang dalam akaun bank bernilai RM616,499 turut disita pihak SPRM.

mewahcop2_1605830449

mewahcop4_1605830455

Perkara ini turut dibuktikan apabila pegawai berpangkat rendah memiliki wang simpanan dan kenderaan mewah. Ketika ini, SPRM masih memburu dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari?

Sumber