Bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir ketika ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan JAKIM dan JAWI untuk menyelaraskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan untuk menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.

Kenyataan rasmi tersebut dikeluarkan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook rasminya. Tambah beliau lagi, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut bersedia untuk menjadi tempat perlindungan sementara bagi membantu orang ramai.

Setiap masjid yang terlibat juga akan menguruskan makanan melalui Program Dapur It’am dan JAWI Food Bank. Manakala pihak MAIWP pula telah diarah untuk menyediakan keperluan yang bersesuaian untuk membantu kesemua mangsa yang terlibat.

Kongsikan berita baik ini kepada ahli keluarga serta kenalan-kenalan yang lain supaya kita semua dapat meringankan beban pihak yang terkesan dengan bencana alam ini.

Semoga usaha kecil kita semua diberkati dan sama-sama kita doakan musibah yang orang ramai sedang harungi akan digantikan dengan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang.

Kejadian banjir mengejut yang melanda kawasan Lembah Klang dan Selangor baru-baru ini tidak dikategori sebagai banjir kilat. Sebaliknya ia hampir menyamai banjir besar melanda Pantai Timur tahun 2014. Baca ulasan beliau lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

Terowong SMART Aktifkan Sistem Banjir Mod 4, Orang Ramai Diminta Waspada Hujan Dijangka Berterusan

Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter