KitaJaga merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan urusan rakyat marhaen lebih-lebih lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini. Sejak diperkenalkan, pelbagai ciri baharu telah ditambah mengikut keperluan semasa.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, rakyat kini boleh menggunakan aplikasi KitaJaga mulai hari ini untuk menyemak harga barangan runcit yang dijual di seluruh negara. Difahamkan aplikasi tersebut mampu mempamerkan harga harian untuk setiap barang mengikut lokaliti tertentu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Aplikasi KitaJaga

Konsep asas menerusi inisiatif itu bagi membolehkan rakyat membeli dengan bijak menerusi perbandingan harga menggunakan telefon pintar. Jadi, pengguna selepas ini akan lebih peka dengan harga semasa di samping tidak mudah dimanipulasi oleh pihak penjual.

Dengan ciri ini, pengguna boleh memilih ciri Cek Harga pada aplikasi KitaJaga dan seterusnya membuat carian barangan runci lt yang dikehendaki. Selepas itu, ia bakal memaparkan harga mengikut lokasi dan membolehkan anda melihat di manakah lokasi berdekatan dengan harga yang rendah.

Sumber Gambar: Twitter @kitajagaMY

“Kementerian Ekonomi dan agensi-agensi seperti DOSM akan terus bekerjasama selepas ini dengan platform e-dagang lain untuk mengembangkan potensi pemantauan harga supaya rakyat boleh biasakan diri dengan proses membandingkan harga dan membuat pilihan mengikut data harga menyeluruh” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi KitaJaga hari ini menerusi Google Play Store atau App Store. Untuk funakan ciri ini, hanya klik pada Cek Harga di menu utama.