Sebut sahaja Norway, ramai orang hanya akan membayangkan kesejukan yang melampau membuatkan tidak ramai rakyat Malaysia memilih Norway sebagai destinasi percutian. Namun dalam masa yang sama, terdapat beberpa lokasi yang menjanjikan pemandangan terbaik dan sangat berbaloi untuk menahan kesejukan untuk melihat keindahan ini dengan mata sendiri.

Antara pemandangan yang menjadi idaman ramai ialah fenomena Aurora itu sendiri. Jadi, jika ada antara anda yang ingin bercuti ke Norway, berikut kami kongsikan itinerari penuh yang disediakan oleh Nik Nur Firdaus di Facebook. Perjalanan beliau bermula pada 27 Jun hingga 10 Julai lalu.

Nik Nur Firdaus mengambil Insurans Etiqa Tripcare 360 Takaful yang bernilai RM118 menggunakan kelayakan penjawat awam. Untuk memastikan mereka kekal berhubung mereka menggunakan plan simcard Hello 1010 berharga RM233.12 untuk 2 sim dengan kuota 12GB setiap satu.

Hari Pertama (Khamis)
Putrajaya – KLIA2 = ERL RM9.50
KL ke Changi: Air Asia RM108.00 termasuk bagasi 20kg
Makan malam di 4Fingers Changi = RM64.22
Penerbangan dari Changi-Doha-Oslo menaiki Qatar Airways = tiket ulang-alik RM2630.00 dan bagasi 30kg

Hari Kedua, 28 Jun 2019 (Jumaat)
Changi ke Oslo penerbangan dari Doha
1. Tiba di Oslo pada 1.15 tengah hari waktu tempatan
2. Naik tren NSB dari airport ke Oslo Sentral station = NOK108 (~RM51) seorang. Tiket tren boleh dibeli melalui mesin tiket menggunakan kredit kad.
3. Perjalanan diteruskan lagi dari Oslo Sentral ke Hortet menaiki tram hanya mengggunakan tiket NSB. Jadi tidak perlu beli tiket baru memandangkan tiket NSB sah digunakan dalam tempoh 2 jam 30 minit.
4. Check in airbnb di Hortet, unit berharga RM349.00 untuk satu malam.
5. Baki hari kedua digunakan untuk berehat sebaik-baiknya.

Hari Ketiga, 29 Jun 2019 (Sabtu)
Perjalanan dari Oslo ke Aurland

Aurland-Norway

1. Check out dari airbnb. Perjalanan dari Hortet ke stesen Oslo juga menaiki tren NSB. Agak kelam kabut ketika membeli tiket sebab transaksi mesin tiket gagal untuk menggunakan kad kredit. Mesin tiket pula tidak menerima wang kertas, cuma menerima syiling sahaja. Kami akhirnya berjaya membeli tiket menggunakan PayPal selepas try & error menggunakan kad kredit semua orang. Tiket berharga NOK54 (~RM25) untuk seorang.
2. Kami menempah kereta sewa SUV Kia Niro daripada Hertz di Oslo Sentral Station. Penyewa boleh meminta pemandu kedua dengan caj tambahan. Penyewa perlu tahu jenis minyak yang digunakan sama ada minyak petrol atau diesel. Jangan risau, kerana pemilik selalunya sudah mencatat jenis minyak pada kunci kereta.
3. Pemanduan ke Langfossen mengambil masa kira-kira 7 jam termasuk beberapa kali berhenti untuk makan tengah hari dan mengambil gambar disepanjang perjalanan. Nampak view cantik, kami akan berhenti untuk mengambil gambar, nampak lupins tepi jalan berhenti lagi.

Langfossen-Norway

Langfossen-Norway2

4. Pemanduan diteruskan dari Langfossen ke Latefossen, perjalanan mengambil masa 1 jam.
5. Kami singgah sebentar untuk membeli barang keperluan rumah di Xtra Supermarket = NOK71 (~RM34).
6. Tol sepanjang perjalanan: NOK293 (~RM140).
7. Perjalanan seterusnya ke Aurland mengambil masa 3 jam. Check in di Skahjerm Gard, Aurland, Flam = NOK2340 (~RM1,121) untuk 2 malam.

Hari Keempat, 30 Jun 2019 (Ahad)
Perjalanan di Flam
1. Destinasi pertama bermula dengan menaiki tren Flamsbana Scenic pada 7:30 pagi. Tiket berharga NOK440 (~RM210).

Flamsbana train-Norway

Tips: Pilih tren paling awal sebab murah & tidak bertembung dengan pelancong yang mengambil pakej Norway in a Nutshell (NIN). Satu lagi kelebihan mengambil tren paling awal ialah tidak ramai penumpang pada awal pagi. Duduk di seat sebelah kanan sebab pemandangan cantik. Kami conquer satu gerabak sebab memang tren kosong, jadi boleh tukar-tukar seat ikut suka hati setiap kali nampak pemandangan cantik. Train akan berhenti di Kjosfossen Waterfall untuk 10 minit & Myrdal St. untuk 20 minit untuk menunggu tren dari Bergen atau Oslo yang membawa penumpang yang menyertai self guide tour NIN.

Nasib kami baik sebab masa tren berhenti di Kjosfossen Waterfall dalam perjalanan balik ke Flam, tidak lama selepas kami sampai, muzik mula dimainkan dan seorang penari perempuan mula menari berhampiran dengan sebuah bangunan disebelah kanan air terjun. Wanita tersebut memainkan watak lagenda yang dikenali sebagai Huldra, lagenda hutan yang terkenal sebagai karakter penggoda dalam kalangan rakyat Scandinavia. Karakter ini dikhabarkan akan menari untuk menggoda lelaki agar mengikutinya masuk ke dalam hutan. Agak goosebump juga apabila melihat orang meliuk-lentok di tengah tengah hutan tersebut.

Kjosfossen Waterfall-Norway

Tren Flamsbana ini mengambil masa 2 jam untuk perjalanan pulang. Apabila sampai di Flam St, pelancong sudah mula ramai beratur untuk menaiki tren seterusnya. Jadi memang disarankan untuk anda mengambil perjalanan paling awal tambahan pula harga pun jauh lebih murah.
2. Flamsbana Museet (muzium), The Flam Railway Documentation Centre, masuk adalah percuma.
3. Stegastein View Point menjanjikan anda pemandangan yang sangat cantik. Harus diingatkan untuk memandu dengan berhati-hati ke atas, disarankankan untuk berhenti jika berselisih dengan kenderaan lain. Anda boleh berhenti dalam perjalanan turun di view point untuk mengambil gambar.

Steigastein Viewpoint-Norway

4. Pemandangan di Aurland sangat cantik kerana anda boleh melihat rumah-rumah di tepi fjord.
5. Singgah sebentar di Spar untuk berbelanja barangan keperluan. Disini kami berbelanja kira-kira NOK65 (~RM31).
6. Pada hari ke-4, kami bermalam di Skahjerm Gard, Aurland.

Hari kelima, 1 Julai 2019 (Isnin)
Perjalanan di Flam & Gudvangen.
1. Check out dari Skahjerm Gard, Aurland.
2. Kami menaiki Nærøyfjord Cruise berharga NOK505 (~RM242). Perjalanan cruise bermula dari Flam ke Gudvangen ini perlu melalui Aurlandsfjord dan Nærøyfjord.

Cruise-Norway

Fjord (baca fi-yot) adalah high cliff yang asalnya dari glacier dan merupakan UNESCO’s World Heritage Site semenjak tahun 2005. Kedua-dua Fjords terletak kira-kira 120 kilometer (75 batu) daripada satu sama lain dayang terpisah dengan Jostedalsbreen glacier. Kawasan Nærøyfjord pula merangkumi kawasan perbandaran Aurland, Lærdal, Vik, dan Voss.
3. Tapi kami memang tidak bernasib baik dengan cruise, asal naik sahaj mesti hujan. Asal hujan, mesti kami naik cruise. Sama seperti pengalaman kami ketika menaiki cruise di Milford Sound NZ.
4. Ada kafe dalam cruise ini, walaupun kami sudah membawa jajan tetapi bau hot chocolate sangatlah menggoda selera. Kami membeli 2 hot choclates berharga NOK170 (~RM81), 2 muffins & 1 donut.
5. Kami menaiki shuttle bus dari Gudvangen balik ke Flam. Harga dah termasuk sekali dengan cruise.
6. Kami memandu ke Gudvangen yang terkenal dengan the port dan viking village tetapi kami tidak masuk.

Gudvagen-Norway

7. Pemanduan diteruskan ke Voss, bermalam di Vossesstrand Hotel & Apartment berharga NOK1090 (~RM522) untuk satu malam.
8. Lepas check in, kami bersiar-siar ke pekan Voss dan kebetulan GPS membawa kami lalu jalan-jalan kampung. Kami berkesempatan untuk melihat pemandangan di sekitar perkampungan tersebut. Subhanallah cantik sangat. Kami sempat melawat ke Finnesloftet, bangunan tertua non- ecclesiastical di Norway, Tvinnefossen.

Finnesloftet

9. Singgah membeli barang keperluan di Xtra Hedelberget dan berbelanja kira-kira NOK150 (~RM71).
10. Minyak kereta kira-kira NOK230 (~RM110).

Nota:
– Jika anda tidak mahu bermalam di Voss pun tidak mengapa, terus perjalanan ke Bergen. Jimat perbelanjaan untuk bermalam.
– Perjalanan cruise mengambil masa 2 jam, jadi jika anda membawa bekal ration atau jajan pun sudah memadai.

Hari Keenam, 2 Julai 2019 (Selasa)
Perjalanan dari Voss ke Bergen
1. Check out dari Vossesstrand Hotel & Apartment.

Vossestrand-Norway

2. Perjalanan bermula dari Bergen City, kami tinggalkan kereta di city selama 6 jam dengan bayaran parking sebanyak NOK230 (~RM110).
3. Kami menaiki Fløibanen Funicular ke Mount Fløyen. Harga tiket ialah NOK120 (~RM57) seorang. Tempat ini sangat best dan dicadangkan untuk melawat di sini. Di Mount Fløyen, selain pemandangan keseluruhan Bergen city, ada tasik, ada playground, ada jogging track, ada cycling track, dan ada forest, kesemua kawasan ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

Mount Floyen-Norway

Kami berkayak secara percuma, tawaran khas untuk musim panas. Untuk memudahkan perjalanan, beli tiket secara online kerana anda perlu beratur panjang untuk membeli tiket di Funicular ketika musim panas.
4. Melawat Bergenhaus Fotress, kubu tertua di Norway, dibangunkan semenjak 1209.
5. Sempat melawat ke Brygen Harbour, tebingan tertua dan menurut catatan pernah terlibat dalam beberapa kebakaran dan masih mengekalkan 62 buah bangunan, reka bentuk bangunan di sini juga masih mengekalkan ciri-ciri senibina utara Eropah.

Bergen Wharf-Norway

6. Perjalanan seterusnya pula ke Narrow Street.
7. Sempat juga singgah di Fish Market (Fisketorget).
8. Belanja makan tengah hari lebih kurang NOK141 (~RM67).
9. Tol sepanjang perjalanan, NOK72 (~RM34).
10. Check in di Midttun Motell & Camping AS, NOK790 (~RM378).

Hari Ketujuh, 3 Julai 2019 (Rabu)
Perjalanan di Bergen ke Trollstigen
1. Perjalanan kira-kira 500kilometer, dari Bergen ke Trollstigen. mengambil masa 10 jam perjalanan. Kami patah balik ke Flam memandangkan kami skip perjalanan yang ada feri untuk menjimatkan kos.
2. Kami menuju ke Trollstigen Mountain Road kerana ia merupakan lokasi yang paling popular dalam kalangan pelancong, terkenal dengan 11 twisted hairpins. Tetapi malangnya ketika itu, kabus sangat tebal, jalan licin, maka kami dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan sehingga kabus beransur reda. Maka, tiada rezeki untuk kami lalu disitu. Walaubagaimana pun, kami masih berpeluang untuk menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan di Norwegian Scenic Route Valdresflye.

Norwegian Scenic Route Valdresflye

3. Tol sepanjang perjalanan, NOK47 (~RM22).
4. Check in di Trollstigen Camping, Gjestegård, NOK917 (~RM439) satu malam.
5. Trollstigen Camping, Gjestegård merupakan sebuah pekan kecil, jadi dinasihatkan anda untuk mengisi minyak dan membeli barangan keperluan terlebih dahulu jika perlu. Kami singgah di Voss untuk membeli barangan di Xtra supermarket, kami berbelanja kira-kira NOK169 (~RM81).

Hari Kelapan, 4 Julai 2019 (Khamis)
Perjalanan di Trollstigen ke Steinkjer.
1. Check out dari Trollstigen Camping.
2. Pagi ini kami mencuba nasib ke hairpins semula, malangnya kabus sangat tebal dan hujan mula turun dengan lebat. Jadi, rancangan sekali lagi gagal.
3. Kami teruskan perjalanan ke Steinkjer melalui the Magnificent Atlantic Ocean Road. Memang lawa.

Atlantic Ocean Road

4. Memandangkan ketika itu low tide, jadi tiadalah ombak-ombak sampai ke jalan.
5. Bayaran feri sebanyak NOK109 (~RM52) untuk kereta dan pemandu + NOK41 (~RM19) X 2 penumpang, total NOK191 (~RM91).
6. Tol sepanjang perjalanan, NOK69 (~RM33).
7. Check in di Holmset Camping & Fishing, NOK650 (~RM311) untuk satu malam. Layanan staf di sini sangat baik dan kami diberitahu bahawa kami merupakan pelancong pertama dari Malaysia. Mereka sempat mencadangkan kami untuk bersiar-siar melihat beberapa jenis haiwan yang selalu berkeliaran di sekitar kawasan tersebut seperti rusa.
8. Membeli barangan keperluan rumah di Xtra Supermarket, NOK82 (~RM39).
9. Kos minyak untuk hari ini, NOK574.73 (~RM275.72).

Hari Kesembilan, 5 Julai 2019 (Jumaat)
Perjalanan dari Steinkjer ke Bodo
1. Check out dari Holmset Camping & Fishing
2. Perjalanan diteruskan melalui Norwegian Scenic Route Storforshei.

Arctic Circle Center – Norwegian Scenic Route Storforshei2

3. Melepasi the Artic Circle line! Thats how north we were. Rupanya Norway ada Artic Circle spot yang boleh dilawati berhadapan dengan glacier.

Arctic Circle Center – Norwegian Scenic Route Storforshei

4. Tol sepanjang perjalanan, NOK93 (~RM44)
5. Setibanya di Bodo, kami check in di Camp Salstraumen-Elvegard, NOK850 (~RM407) untuk satu malam dan kami memilih untuk bermalam di dalam sebuah caravan.
6. Diingatkan, jika anda menyewa caravan hotel, bekalan air adalah sangat terhad, kira-kira 25L sahaja. Jadi kami terpaksa menggunakan bilik air kongsi di hotel tersebut dan hanya menggunakan bekalan air caravan untuk memasak dan berwudhu.
7. Matahari terbenam pada jam 12:53 pagi & 7 minit kemudian matahari kembali terbit. Tapi that day was cloudy so we didn’t get the bright sun.

Midnight sun @ Bødo

7. Perbelanjaan minyak untuk hari ini, NOK170.60 (~RM81.82).

Hari Kesepuluh, 6 Julai 2019 (Sabtu)
Perjalanan dari Bodo ke Hammerdal
1. Check out dari Camp Salstraumen-Elvegard.
2. Hari ini agak hujan, jadi rancangan untuk ke Salstraumen Maelstrom tidak jadi. Sebaliknya, kami ke Islamsk Kultursenter Northland di Bodo, tapi tutup. Memandangkan hujan masih turun, kami hanya bersiar-siar di bandar tersebut sambil melihat pemandangan dari dalam kereta sahaja.
3. Perjalanan balik ke Oslo melalui Sweden membolehkan kami melalui Scandanivia tanpa pemeriksaan kastam di perbatasan.Tambahan pula kaunter kastam tutup pada hujung minggu.
4. Di Sweden minyak & barang-barang lagi murah. Oleh itu, kemudahan awam tidak lah tip top macam Norway. Tapi semuanya tetap okay sebab ada tandas percuma.
5. Perjalanan balik terasa sangat jauh dan memakan masa 9 jam perjalanan. Kami tidak singgah di mana-mana pun kecuali untuk ke tandas.
6. Di Sweden, banyak pasaraya sama nama dengan Norway kecuali – ICA supermarket, dan coklat Freia dijenamakan semula sebagai Marabou di sini.
7. Kami bermalam di Camp Route 45, Hammerdal, the camping site, SEK750 (~RM328.69) untuk satu malam.
8. Tol perjalanan hari ini, NOK73 (~RM35).
9. Perbelanjaan minyak di Norway, NOK246.01 (~RM117.91), di Sweden SEK540.59 (~RM236.95).
10. Kami singgah membeli barangan keperluan di ICA supermarket, berbelanja sebanyak SEK68.74 (~RM30.13).

Hari Kesebelas, 7 Julai 2019 (Ahad)
Perjalanan dari Hammerdal ke Oslo.
1. Check out daari Camp Route 45, Hammerdal.
2. Perjalanan pulang diteruskan ke Oslo diteruskan.
3. Singgah membeli berangan sebentar di ICA supermarket, SEK40.80 (~RM17.88).
4. Perbelanjaan minyak di Sweden sebanyak SEK214.62 dan NOK347.42 di Norway.
5. Tol sepanjang perjalanan, NOK168 (~RM80.52).
6. Tiba di Oslo kira-kira jam 7 malam, hantar kereta dan check in di Forenom Service apartment, NOK2390.40 (~RM1,145) untuk 2 malam.
7. Apartment ini memang terletak di lokasi strategik, boleh berjalan kaki dari Oslo Sentral ke destinasi popular pelancong. Self check in through key pad lock using password given thru email.

Hari Kedua Belas, 8 Julai 2019 (Isnin)
Perjalanan di Oslo
1. Ketika ini masing-masing sudah agak keletihan, hanya berjalan kaki di sekitar bandar Oslo, jadi kami tidak larat untuk berkunjung ke semua tempat.
2. Kami singgah di beberapa tempat seperti di Karl John gates, Oslo Cathedral, Opera House, Akershus Fotress, Aker Brygge, Royal Palace, Parliment of Norway.

Parliament Oslo

3. Kami tidak berkesempatan ke open air Folk museum. Dengar cerita best museum ni.
4. Kami berbelanja makan tengah hari sebanyak NOK160 (~RM76).
5. Berbelanja di Xtra Supermarket sebanyak NOK47 (~RM22.53).
6. Konon-konon balik untuk berehat sekejap di apartment, kemudian keluar balik untuk ke Central Jam-e-Mosque World Islamic Mission Norway, tapi masing-masing sudah penat, tidur sampai tak sedar diri dah. Makanya masjid Oslo pun kami missed.

Hari Ketiga Belas, 9 Julai 2019 (Selasa)
Perjalanan pulang dari Oslo – Doha – Singapore
1. Dari Oslo Sentral ke airport menaiki tren Flytoget seawal jam 5 pagi kerana tren NSB tidak ada seawal itu. Tiket berharga NOK196 (~RM93) seorang.
2. Penerbangan dari Oslo-Doha-Changi menaiki Qatar Airways.
3. Makan tengah hari di Doha, QAR54 (~RM61.04).

Hari Keempat Belas, 10 Julai 2019 (Rabu)
Penerbangan dari Singapura ke Malaysia
1. Sarapan di Changi, SGD30 (~RM90.74)
2. Teksi dari Changi ke Golden Mile Tower, SGD18 (~RM54.44)
3. Dari Changi ke KL menaiki bas dari Golden Mile Tower, RM70.00.

Nota:
1. Jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah ±RM7,600.00 seorang.
2. Pada awalnya trip ini adalah untuk 4 orang, tapi salah sorang travelmate terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, jumlah perbelanjaan kena bahagi 3 sahaja.
3. Kami simpan sebanyak NOK500 setiap orang untuk beli groceries & bayar ferry. Siap boleh beli souvenir mug untuk setiap orang lagi dengan duit tabung ni. Baki NOK500 untuk perbelanjaan sendiri.
4. Jumlah bayaran kereta termasuk tol, insuran & pemandu RM3,145.67. Lesen memandu Malaysia boleh guna untuk drive di Norway, tidak perlu buat IDP.
5. Di Sweden, kami beli groceries guna kad kredit sebab memang tak tukar duit SEK pun.
6. Minyak, hotel, Floibanen & tiket tram/tren ke lapangan terbang, menggunakan kad kredit.
7. Tren Flamsbana & Fjord Cruise dah beli siap-siap dari Malaysia lagi.
8. Cuaca di Norway tidak boleh dijangka, setiap setengah jam dan setiap 15km cuacanya berubah-ubah.
9. Semua tempat yang kami pergi sejuk walaupun ketika itu musim panas, kecuali di Oslo, boleh pakai T-Shirt tanpa jaket.
11. Walaupun itinerari disediakan, adakalanya perjalanan berubah mengikut keadaan harian. Ini disebabkan banyak jalan yang dah buka ketika musim panas, jadi kami boleh menukar laluan yang tidak memerlukan kami untuk naik feri dan lebih jimat kos.
12. Kami membawa bekalan beras, kicap, maggi, nasi kembara, sambal ikan bilis, daging dendeng, 3 in 1 drinks, bihun dan lain-lain dari Malaysia. Di Norway cuma barangan mentah segar seperti telur, sayur, buah, jus, susu & sardin. Kami memang masak di Norway, makan kat luar cuma untuk makan tengah hari yang susah untuk bawa bekal seperti ketika berjalan-jalan di Bergen & Oslo.
13. Ketika check in flight di Oslo, staf meminta untuk melihat tiket bas dari Singapura sebelum ke proses seterusnya. Kami tidak membeli tiket ketika itu sebab tidak tahu waktu sebenar kami akan sampai di Changi. Lagi pula, hari itu kami pergi ke Iceland daripada Changi juga, tetapi tidak memerlukan kami untuk menunjukkan tiket bas. Jadi, perkara ini bergantung kepada budi bicara pegawai yang ada di kaunter.
14. Kos minyak kereta untuk perjalanan 4,001km lebih kurang RM1,500.00. Purata harga petrol di Norway lebih kurang RM8 seliter.