Nota Editor : Kisal ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Hasbul ‘Ariff, pengasas bersama Majalah Niaga. Beliau juga kerap berkongsi tips perniagaan  di fb wall beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Harapan kami agar kisah ini dapat memberi teladan dan perangsang kepada mereka yang ingin berniaga.

mohd iswadi 2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tersentuh dengan seorang peserta seminar semalam. Tuan Mohd Iswadi.

Tempoh hari saya ada ternampak beliau berniaga di KL Sentral. Ketika itu saya tertanya-tanya siapakah beliau.

Tak sangka beliau menjadi salah seorang peserta seminar semalam. Seorang OKU dan berkerusi roda! Menceritakan cabaran awal ketika berniaga di KL Sentral :

1. Pernah dihalau polis bantuan kerana tidak mempungai kiosk.

2. Pernah dianggap peminta sedekah oleh orang lalu lalang.

3. Pernah dianggap mangsa sindiket peminta sedekah.

Cabaran itu tidak mematahkan semangat beliau. Alhamdulillah, akhirnya berjaya mendapat kiosk sah di KL Sentral dengan kadar sewaan lebih murah. Kiosk beliau berhampiran tempat penjualan tiket KTM.

Beliau juga sudah mempunyai seorang rakan kongsi!

Like Facebook The Vocket