Masyarakat pelbagai kaum di negara kita sememangnya diakui hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni sejak daripada dulu lagi. Perkara itu terbukti melalui hubungan baik antara kaum yang boleh dilihat di mana-mana negeri dalam negara kita.

Namun, antara yang paling mencuri tumpuan sudah pastinya hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina dan India di Kelantan yang kelihatan begitu erat sekali apabila mereka ini kesemuanya menggunakan dialek Kelantan dalam percakapan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sering saja video-video percakapan mereka ini dikongsikan kembali dan membuatkan segelintir masyarakat daripada negeri luar teruja dan tidak kurang juga terkejut dengan perkara berkenaan.

Seperti satu video yang dikongsikan oleh akaun Facebook Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan mengenai temu bual mereka bersama pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow yang berbangsa Tionghua ini.

1
Tangkap layar temubual Gan Leong Piow yang mula menjadi perhatian netizen sejak hujung minggu lalu. FOTO: FACEBOOK

‘Sampai masa kena pergi sembahyang’

Video temu bual berkongsikan kisah kejayaannya membangunkan perniagaan minyak masak itu mula mencuri tumpuan netizen di media sosial sejak semalam selepas beliau menceritakan bagaimana para pekerja di kilangnya yang majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam dihormati dan dilayan ketika bekerja bersamanya.

Mengakui pekerja kilangnya hanya terdiri daripada warga tempatan sahaja, perbualan Gan itu mula mencuri tumpuan dengan penjelasannya yang menekankan kepentingan agama dan sembahyang dalam kalangan pekerjanya.

You tak akan percaya ni, setiap tahun buat sembahyang hajat saya punya kilang, Yes! Why not?

I’m a Chinese but i believe in God (saya berbangsa Cina tetapi saya juga percaya kepada Tuhan), agama itu penting.

“Saya buat tempat diorang solat untuk lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang,”jelas beliau.

Ketika ditanya wartawan mengenai segelintir pemilik perniagaan yang mungkin akan mengadu mengenai perkara berkenaan, Gan memberitahu perkara itu tidak seharusnya berlaku.

Sembahyang menurutnya adalah perkara paling mustahak dalam kehidupan setiap manusia dan beliau jelasnya sangat memahami dan menghormati perkara berkenaan.

“Tak boleh, tak boleh (mengadu). Sembahyang paling mustahak, you kena pergi sembahyang.

“Saya akan tunggu, itu benda wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing (kalau hidup tanpa tuhan kita bukan apa-apa),” kongsinya.

Beliau yang mula mengusahakan perniagaan minyak masak sejak daripada tahun 80-an di Kelantan itu juga menjelaskan setiap majikan perlu menghargai dan menghormati pekerja mereka ketika bekerja.

Malah, beliau dalam video berkenaan turut berkongsikan hubungan erat yang dimilikinya bersama pekerja dan masih mempunyai pekerja wanita yang masih bersamanya sejak daripada awal perniagaannya dahulu.

Perkongsiannya itu pada hujung minggu lalu mula mencuri tumpuan netizen di media sosial dan telah mendapat lebih 1,700 shares di Facebook serta dikongsikan kembali di platform media sosial yang lain.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan memuji pendekatan yang diambil oleh beliau dalam menguruskan dan menghormati pekerjanya walaupun berlainan agama dan bangsa.

“Hebat pegangan hidup dan prinsip Mr Gan. Tabik hormat.

“Alhamdulillah memang terbaik tauke gini, susoh nok cari hok betul-betul jago kebajikan pekerja,” antara komen yang ditinggalkan netizen di video berkenaan.

Anda boleh menonton perkongsian penuh yang turut berkongsikan kisah kejayaan dan tips berguna dalam membangunkan perniagaan melalui pautan di bawah.

Baca juga perkongsian kami mengenai Pok Tar yang membuat kemunculan dalam video arahan Syahmi Sazli di Facebook baru-baru ini melalui pautan di bawah. 

Netizen Tidak Puas Lihat Pak Cik 102 Tahun Kongsi Cerita Askar Jepun Di Kelantan

Tuah Gunakan Lagu Iklan Terkenal, Pemuda Ini Terima Beras Daripada Cap Rambutan

Ditegur Sering ‘Kacau’ Slot Mega Movie, Hos Nightline Beri Respons Melucukan Kepada Netizen

Sumber