Sudah menjadi tanggungjawab setiap pengguna jalan raya dalam memastikan orang ramai berada dalam keadaan selamat. Mengambil langkah berjaga-jaga atau berhati-hati terlebih dahulu sebelum bertindak antara amalan yang perlu dilakukan setiap pengguna jalan raya dalam mengurangkan risiko kemalangan.

Dalam pada itu, perkara sebaliknya berlaku baru-baru ini apabila tular sebuah video yang dikongsikan TikTok @utusantvofficial melihatkan tindakan pemandu Perodua Axia yang menjadi punca kemalangan hanya kerana membuka pintu kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan video, dapat dilihat Perodua Axia yang berhenti di tepi jalan ini secara semborono membuka pintu sekaligus membuatkan pintu kereta tersebut terkena seorang rider lalu rebah.

@utusantvofficial

Kalau laju mahu terbang rider tu. Lokasi di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu | 13 JUL 2022 | Yu KH. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ Car Sound – Instrumental – Amino Beats

Lebih mengeruhkan keadaan, menerusi video ringkas yang dimuat naik, dapat dilihat orang ramai yang mulai melihat dan membantu rider berkenaan manakala pemandu tersebut tidak turun daripada kenderaan. Berikut merupakan respon netizen menerusi insiden yang berlaku.

Sumber: TikTok @utusantvofficial
Sumber: TikTok @utusantvofficial

Meskipun tidak berlaku sebarang kecederaan serius, diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu membahayakan penunggang motosikal yang lain.

Tular pada minggu lalu apabila Ikon Permotoran Anak Muda membalas respon netizen dilabel sebagai rempit TikTok.

‘Jumpa Di Highway’ – Ikon Permotoran Anak Muda Balas Respon Netizen Selepas Dilabel Rempit TikTok

Cemas Dan Merisaukan, Netizen Kongsi Pengalaman Gajah Buat ‘Spotcheck’ Semasa Pulang Ke Kampung