Nama Eco Shop cukup sinonim dengan nama ‘kedai saka’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidak, apabila masuk ke Eco Shop seolah-olah anda tidak jumpa jalan keluar disebabkan banyak benda nak borong.

Terbaharu, Eco Shop telah tampil dengan kelainan apabila meletakkan lukisan komik berkaitan situasi suami isteri ke Eco Shop. Pastinya, iklan di billboard ini tidak ‘cliche’ dan akan menghiburkan para pengguna lebuh raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat komik yang berkisahkan ‘realiti’ apabila pergi ke Eco Shop.

Malah, ada juga netizen mengatakan sudah melihat komik pada billboard di lebuh raya ELITE antara putra Height – Saujana Putra. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga memuji Eco Shop kerana kreatif dalam memasarkan jenamanya agar lebih dikenali ramai.

Malah, segelintir netizen juga mengatakan bahawa jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas apabila mahu pulang beraya nanti pasti tidak akan bosan membaca komik yang diiklankan di lebuh raya tersebut.

Tidak hanya itu, para netizen turut bangga hasil lukisan pelukis mfafairuz diletakkan di billboard dan memuji karyanya itu. Rata-rata netizen juga berasa bangga dengan pencapaian pelukis mfafairuz.

Apa kata anda lihat iklan Eco Shop sebelum ini pada pautan di bawah. Pasti anda boleh ‘relate’ dengan diri anda. 

‘Sudah Masuk Tidak Jumpa Pintu Keluar’- Iklan Kedai Eco Shop Ini Buat Netizen Terhibur

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah