Umum tahu bahawa sukan pemotoran drift sememangnya terkenal dalam kalangan anak muda terutamanya kepada mereka yang ‘gila kereta’. Walaupun begitu keselamatan diri semestinya diutamakan sekiranya anda bergiat aktif dalam sukan kereta drift ini.

Sebaliknya, lain pula kisah drift yang berlaku di Bahau, Negeri Sembilan di mana seorang wanita yang menunggang motosikal sempat melakukan aksi drift di jalan raya demi menyelamatkan dirinya daripada bertembung dengan sebuah kereta di hadapan yang secara tiba-tiba melakukan pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rakaman tersebut berjaya dirakamkan menerusi dash cam oleh seorang pemandu yang secara tidak sengaja lalu di tempat kejadian. Menerusi halaman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 26 Disember yang lalu.

Dalam kes ini, kedua-dua penunggang dan pemandu didapati bersalah kerana tidak mengamalkan rutin keselamatan di jalan raya. Si pemandu yang membawa kereta Honda City secara tiba-tiba melakukan pusingan U di pertengahan jalan utama manakala penunggang bersama seorang anaknya pula tidak memakai helmet keselamatan.

Sentiasalah mengikut undang-undang di jalan raya kerana malang tidak berbau. Dalam kes ini, penunggang motosikal terbabit bernasib baik kerana tidak terlibat dalam kemalangan.

Baca juga perkongsian kami mengenai isu-isu tular di media sosial. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Cubaan Netizen ‘Selamatkan’ Suami Miliki Basikal Sama Dengan KJ Ini Boleh Buat Anda Ketawa

Reaksi Tenang ‘Rider’ Ini Jawab Rungutan Dalam Bahasa Inggeris Buat Pelanggan Tidak Jadi Marah

Anggota Polis Ditahan, Disyaki Mabuk Dan Memandu Lawan Arus