Sejak hujung minggu lalu, laporan media dan perkongsian netizen dipenuhi dengan perkembangan semasa keadaan banjir dalam negara kita. Pelbagai kejadian seperti paras air yang sedang meningkat dan tanah runtuh dilaporkan dan dikongsikan.

Namun antara yang paling mencuit hati sepanjang hujung minggu lalu adalah perkongsian video TikTok oleh seorang pemandu lori yang terperangkap dalam banjir bersama lorinya.

Ia selepas beliau merakam dirinya masih sempat memasak mi segera Maggie walaupun paras air di luar ketika itu sudah berada pada paras yang hampir dengan pintu kenderaannya.

Tambah menghiburkan, beliau juga sempat mengajak anggota bomba yang datang untuk menyelamatkannya (atau melihat keadaannya) menikmati Maggi yang sedang dimasaknya di dalam lori ketika itu.

“Cakk! abang bomba, eh jom lah naik dulu.

“Makan Maggi dulu, lapar tak?” seloroh pemandu lori berkenaan.

@iskandar6400

mantap👍👍👍🌹🌹🌹 terima Kasih abam bomba datang tgok kita…jap jap jap nk makan meeegi 🤲🤲🤲ya Allah

♬ bunyi asal – kipas lipas – Cak aBg BomBa

Perkongsian berkenaan yang mula dimuat naik di aplikasi TikTok kurang 24 jam yang lalu sudah pun mencatat lebih 800,000 tontonan dan telah berjaya membuatkan netizen terhibur dengan telatahnya itu.

Bukan sahaja terhibur dengan telatah santai beliau yang masih sempat memasak Maggi namun rata-rata netizen juga tidak dapat menahan ketawa dengan reaksi anggota bomba berkenaan yang terkejut dengan tindakannya itu.

“Lawak betul la, boleh pula main cak-cak dengan abang bomba. Ulang-ulang tengok ni, haha.

“Sempat lagi masak Maggie,” komen netizen di hantaran berkenaan.

Sudah turun daripada lori

Buat anda yang tertanya-tanya apa kesudahan pemandu lori berkenaan, beliau kini difahamkan telah pun mengikut anggota bomba yang datang menyelamatkannya pada semalam.

Perkara itu dimaklumkan melalui muat naik terbaru yang dikongsikannya di TikTok beberapa jam yang lalu.

“Kena keluar juga dari lori sebab hari sudah nak malam.

“Abam bomba tak bagi duduk dalam lori. Air kemungkinan naik, ya Allah,” maklumnya.

@iskandar6400

mantap 👍👍👍🌹🌹🌹kena keluar jugak dari lori sebab hari da nak malam abam bomba xbagi duduk dlm lori air kemungkinan naik🤲🤲🤲 ya Allah

♬ original sound – areris_215 – matrif

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan-pautan di bawah. 

Demi Gambar OOTD, Pengunjung Sanggup Rosakkan Bunga LED Di Perlis

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Restoran Pamer Unsur Komunis

Sumber