Tanggal 29 Februari cukup istimewa kerana tarikh ini hanya hadir 4 tahun sekali sahaja. Oleh itu, banyak tawaran yang best untuk anda pada hari ini.

Apa yang menarik perhatian kami adalah McDonald’s Malaysia tawar promosi yang menarik iaitu 2 set ketul ayam McDonald’s, 6 ketul nugget ayam dan aiskrim sundae hanya berharga RM29 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda juga boleh dapatkan McFlurry Oreo dan minuman terpilih di McCafe dengan harga RM2.90 sahaja. Promosi ini hanya sah hari ini sahaja bermula dari jam 10 pagi keatas dan tersedia di semua restoran McDonald’s Malaysia kecuali Genting Highlands, Langkawi dan lapangan terbang.

Mudah sahaja untuk anda tebus promosi ini, anda hanya perlu menggunakan McD App dan tunjuk di kaunter. Sebelum terlupa, promosi ini tidak boleh ditebus menggunakan McDelivery dan terhad seorang satu penebusan sahaja.

Selain McDonald’s, Starbucks Malaysia juga tawar promosi pada hari ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui promosi yang dijalankan Starbucks Malaysia.

Starbucks Malaysia Tawar Promosi RM2.90 Untuk Minuman Kedua Esok

Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?

‘Oreo Cookies & Cream Pie’ Antara Menu Baharu Diperkenalkan McDonald’s Malaysia