Pada setiap tanggal 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan dan boleh dikatakan setiap orang memiliki cara berbeza untuk meraikan hari penuh bersejarah itu.

Sempena Hari Kebangsaan ke-64 yang bakal kita raikan tidak lama lagi, seorang remaja bernama Adam Harith Mohd Ridzuan yang berusia 13 tahun mahu mencipta rekod peribadinya dengan tinggal bersama 5 ular sawa dalam sebuah bilik selama 6 jam 40 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, Adam akan membaca buku, menyiapkan kerja sekolah atau bermain permainan video sepanjang tempoh berkenaan. Tambahnya, dia sudah biasa bermain dengan haiwan peliharaan ayahnya itu sejak kecil lagi dan tahu serba sedikit mengenai tingkah lakunya.

tinggal_dengan_ular_1629199486

Adam turut mengatakan bahawa untuk tinggal dalam bilik bersama ular berkenaan memang perlukan keberanian namun yang paling penting, dia mahu mengajak generasi muda supaya sayangkan haiwan.

Untuk pengetahuan anda, Adam dijangka ditemani ular sawa batik ‘reticulated phyton’ dan ‘burmese phyton’ yang mempunyai berat antara 100 hingga 300 kilogram dan sepanjang kira-kira tiga hingga lapan meter bermula jam 8 pagi pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, bapa Adam iaitu Mohd Ridzuan sudah membuat persiapan rapi dalam aspek keselamatan dan akan menggandakan pemantauan pada hari berkenaan.

Tahukah anda apa yang boleh buatkan sambutan Hari Kebangsaan lebih ‘cool’? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

10 Cara Yang Bermanfaat Untuk Menyambut Hari Kemerdekaan

Gaya Rakyat Malaysia Meraikan Hari Kemerdekaan

Sumber