Setiap kali tanggal 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan dan pastinya hari yang cukup bermakna ini akan disambut dengan meriah oleh setiap rakyat Malaysia.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sempena dengan sambutan hari yang cukup istimewa ini, terdapat pelbagai promosi dan diskaun menarik untuk anda dapatkan pada hari esok. Berikut kami senaraikan 5 promosi menarik yang ditawarkan sempena Hari Kemerdekaan ke-65 yang anda boleh garap esok:

1. Secret Recipe

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Secret Recipe tawarkan diskaun menarik iaitu anda hanya perlu membayar RM6.50 untuk kek kedua pilihan anda yang berharga sama dengan kek pertama atau harganya lebih rendah. Promosi ini hanya sah pada 31 Ogos bermula dari 12 tengah hari hingga 5 petang sahaja.

Baca lagi: Senarai kek Secret Recipe yang wajib anda cuba saranan staf

2. KFC

Hanya RM6.50, terdapat 3 pilihan set yang boleh anda dapatkan esok dengan membuat pembelian melalui aplikasi atau laman sesawang KFC Malaysia. Setiap set hadir dengan seketul ayam dan juga digabungkan dengan sos keju atau nasi atau kentang putar.

3. Starbucks

Jenama minuman kopi pilihan ramai orang iaitu Starbucks juga hadir dengan promosi sebanyak 31% pada hari esok sehingga 2 September 2022 dan promosi ini sah sepanjang hari.

4. Tealive

Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 31% dengan setiap pembelian signature coffee dari Tealive. Promosi ini hanya sah untuk walk-in dan self-pickup sahaja serta tersedia sepanjang hari esok.

5. Subway

Peminat soft-dough cookies daripada Subway boleh dapatkan 6 biskut dengan harga RM10 sahaja. Promosi ini akan tamat pada 6 September 2022 ini.

Bolehlah anda rancang mahu ‘redeem’ promosi apa esok ataupun dapatkan semua sekali. Jangan lupa untuk rebut peluang keemasan nikmati promosi ini!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Siap Tunjuk ‘Thumb Up’, Netizen Kagum Lihat Mak Cik Ini Tenang Jadi Penumpang Kereta Drift

Didakwa Gelap Dan ‘Seram’, Lelaki Ini Kongsi Realiti Sebenar Di Sebalik Tirai Besi Penjara Kajang