Sempena Hari Malaysia ke-59, Airbnb menawarkan peluang eksklusif kepada mereka yang gemar melancong untuk menginap di pelbagai penginapan unik yang dipilih khas pada harga RM59 sahaja.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Dari loteng unik yang terletak di tengah bandar hingga vila tepi pantai impian anda, setiap penginapan ini sesuai bagi meraikan dan meneroka tempat-tempat menarik di Malaysia pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan.

Oleh itu, kami senaraikan penginapan yang tersedia di Airbnb dengan harga RM59 sahaja untuk penginapan satu malam eksklusif pada 16 September. Ia boleh ditempah mulai hari ini untuk percutian Hari Malaysia yang tidak dapat dilupakan dan tempahan terdahulu akan diutamakan.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

1. Durian Guesthouse, Johor

Rasai kehidupan ladang dan nikmati penginapan sama ada di Bilik Berdua atau Bilik Bertiga Durian Guesthouse, setengah jam memandu dari Johor Bahru. Dengan ladang permakulturnya sendiri, sabun mesra alam dan perabot buatan tangan, penginapan Anugerah Emas Airbnb Green Stays ini akan membuat anda berhenti sejenak dan menghargai perkara-perkara kecil dalam kehidupan.

2. White Cottage, Perak

Rindu akan suasana desa? Pergi ke Dusun Organik Sungkai di Perak di mana anda akan menemui White Cottage yang ajaib dengan kolam renang dan anak sungai yang berhampiran. Tetamu boleh menikmati aktiviti percuma termasuk bersiar-siar di ladang buah-buahan dan taman permainan kanak-kanak mini.

Bagi mereka yang gemar mengembara, Kolam Air Panas Felda dan Lembah Teh Gaharu berada tidak jauh daripada situ, dan tempat aktiviti berakit meredah jeram dan meneroka gua di Gua Tempurung hanya sejam perjalanan.

3. Classic Bohemian Loft, Kuala Lumpur

Masuki dunia penuh keajaiban di Classic Bohemian Loft yang tersembunyi di tengah-tengah Kuala Lumpur ini, tempat di mana warna dan tekstur eklektik bercampur dengan harmoni.

Unik dan menarik, Penginapan Airbnb yang layak mendapat tempat dalam Kategori Reka Bentuk Airbnb ini, menawarkan pengalaman yang benar-benar unik untuk percutian yang tidak dapat dilupakan.

4. Raintree Seaside Villa, Perak

Tinggalkan hutan konkrit dan bersantailah di Raintree Seaside Villa di Perak, salah satu penginapan tepi pantai yang menakjubkan dalam kategori Tepi Pantai Airbnb. Dibina daripada kayu keras Malaysia dengan hiasan dalaman minimalis, vila ini sesuai untuk keluarga besar sehingga 16 orang berkumpul.

Nikmati aktiviti memancing di jeti berhampiran, barbeku yang menghadap laut, dan berhubung semula dengan orang tersayang sambil didampingi cahaya matahari dan angin laut yang menyegarkan.

5. D’ Bambusa Vulgaris Lodge, Langkawi, Kedah

Ingin berjauhan dari kesibukan bandar? Bangun dalam suasana tenang dan aman damai di D’ Bambusa Vulgaris Lodge, Langkawi. Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan terletak jauh daripada jalan-jalan yang sibuk, kotej indah dalam Kategori Kabin ini menjanjikan percutian yang menenangkan untuk mereka yang ingin berehat pada hujung minggu yang panjang ini.

Jangan terlepas peluang untuk merebut menginap di penginapan ini dengan harga yang murah. Tunggu apa lagi?