Sebut mengenai servis penghantaran makanan menerusi aplikasi, pastinya aplikasi foodpanda antara yang disebutkan dan diingati ramai. Berjaya menawarkan rangkaian servis yang luas serta efisien antara yang membuatkan aplikasi ini menjadi pilihan.

Terbaharu, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada 2 Mei iaitu hari ini, pihak foodpanda memaklumkan tidak beroperasi di beberapa buah negeri iaitu Perlis, Pahang, Kelantan dan juga Terengganu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan langkah ini dibuat dalam memberi ruang untuk pihak penghantar untuk turut beraya bersama sama sanak saudara serta rakan. Dalam pada itu, negeri-negeri lain yang tidak berada dalam senarai dimaklumkan beroperasi seperti biasa.

Operasi foodpanda di negeri yang bercuti dimaklumkan akan beroperasi seperti biasa bermula esok 3 Mei 2022. Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan servis penghantaran makanan pada hari ini, mungkin mendapatkan servis daripada syarikat altenatif antara yang boleh dicuba.

Semalam Perdana Menteri turut memaklumkan cuti umum Hari Pekerja secara automatik telah dianjak ke hari Rabu ini.

Perdana Menteri Umum Cuti Hari Pekerja Secara Automatik Dianjak Ke Rabu Ini

‘Hari Raya Paling Kalut’ – Lihat Gelagat Rakyat Malaysia Terkejut Aidilfitri Datang Awal

Sumber