Anda kaki tidur? Dan sekarang berada di sekitar Brooklyn atau California, Amerika Syarikat? Ini mungkin untuk anda.

Beberapa tahun lalu IKEA pernah mengeluarkan kenyataan kepada umum bahawa mereka akan mengambil tindakan serius kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan tidur di bilik pameran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, bagi meraikan Hari Tidur Sedunia, IKEA telah menganjurkan pesta tidur buat semua pelanggan bertuah yang terpilih. Mereka akan dibenarkan untuk tidur di dua cawangan IKEA yang terpilih – Brooklyn dan California.

image (2)
Business Insider

Acara ini akan berlangsung selama satu hari dengan IKEA membuka bilik pameran kepada para pelanggan bertuah untuk bermalam dan disamping itu akan diselit beberapa aktiviti yang bertemakan ‘tidur’.

Antara acara yang bakal dijalankan adalah anda boleh merasai pengalaman berada di Lounge Insomniac, Silent Disco dan juga bengkel tidur. Setiap peserta yang dipilih akan dibenarkan untuk membawa teman bagi menambah keseronokan acara.

IKEA akan meraikan beberapa acara lain juga sempena Hari Tidur Sedunia dengan IKEA New York dan IKEA Los Angeles bakal mengadakan acara Minggu Tidur Kebangsaan pada 1 Mac hingga 8 Mac nanti.

Jadi buat anda yang berada di sekitar New York, anda mungkin boleh cuba nasib untuk merasai pengalaman tidur di bilik pameran IKEA.

Lihat IKEA ini yang sengaja dibina tanpa lot parkir. Klik pautan di bawah untuk membaca.

IKEA Dengan Keluasan 7 Tingkat Ini Sengaja Dibina Tanpa Lot Parkir

Bak Kwa Halal Antara Menu Baharu IKEA Sempena Tahun Baru Cina

Drama Ini Dirakam Tanpa Pengetahuan IKEA Dan Hasilnya Sangat Baik

Sumber