Sebut mengenai Huawei P-series, pasti ramai yang menginginkannya. Hadir dengan kamera yang hebat dengan kolaborasi bersama Leica membuatkan model ini menjadi rebutan ramai.

Terbaharu, Huawei Malaysia dengan sebuah yang promosi yang ‘gila’ bersempena Hari Valentine. Promosi yang berlangsung pada 12 Februari sehingga 14 Februari ini bakal menyertakan sejumlah produk hangat Huawei di pasaran.

Berdasarkan promosi yang ditampilkan, anda berpeluang membeli produk terdiri daripada Huawei nova 5T, Mate 30 serta MediaPad M3 Lite dengan harga promsi. Antara produk yang dinantikan ramai sudah pastinya Huawei P30 Pro yang ditawarkan esok bersamaan 13 Februari dengan harga serendah RM2.14 sahaja.

Huawei Valentine

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, cuma 2 unit ditawarkan buat setiap peranti. Selain itu, pihak Huawei Malaysia turut menawarkan Powerbank 10,000 mAh dengan harga serendah RM2.14 sebanyak 50 unit.

Apa tunggu lagi? Pastikan anda menjadi yang terawal untuk berpeluang mendapatkan peranti hangat keluaran Huawei ini dengan harga tidak masul akal. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga promosi.

Ketahui juga mengapa Huawei nova 7i wajar menjadi pilihan anda sempena Hari Valentine yang bakal tiba ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Masih Mencari Hadiah Istimewa Untuk Si Dia? HUAWEI nova 7i Sememangnya Patut Menjadi Pilihan

HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’

Sumber