Sempena dengan musim panas, Starbucks telah perkenalkan 3 minuman baharu iaitu Golden Pineapple Cold Brew, Strawberry Choux Cream Frappucino dan Chocolate Choux Cream Frappucino.

Sudah mula dijual secara rasmi semalam, rata-rata peminat Starbucks telah mencuba minuman ini. Bagi anda yang mahu rasa kopi bersama nenas, anda perlu cuba Golden Pineapple Cold Brew untuk menyegarkan tekak anda ketika musim panas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami telah mencuba Chocolate Choux Cream Frappucino dan secara jujurnya ia tidak terlalu manis serta seperti anda menikmati teh ais 3 layer versi coklat. Rasa sos vanila kastard membangkitkan lagi selera anda dan membuatkan anda rasa lebih ‘fresh’.

Harga bagi ketiga-tiga minuman ini bermula dari RM19. Bagi anda yang belum sempat lagi mencuba ketiga-tiga menu ini semalam, anda boleh dapatkan di cawangan Starbucks terdekat anda atau beli sehaja dengan menggunakan perkhidmatan FoodPanda ataupun GrabFood.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Starbucks pada pautan di bawah ini.

Gara-Gara Lukis Muka Bermata Sepet Pada Cawan Pelanggan, Starbucks Disaman RM59,000

Netizen Simpati Gadis Ini Bayar RM34 Untuk Air Starbucks Pertama Beliau Kerana β€˜Add On’