Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata mekanisme pelaksanaan pelan tarif tol percuma sekiranya terdapat kesesakan kenderaan di plaza tol melebihi satu kilometer semasa pulang ke kampung sempena perayaan tahun ini akan dikawal selia oleh Kor Trafik Polis Negara itu.

“Prosedurnya akan dikaji kerana kuasa untuk meluluskannya terletak pada Ibu Pejabat Polis yang menilai sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak,” kata Budi ketika berkunjung ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta pada Ahad baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau berkata penggubalan peraturan seumpama itu adalah salah satu cara untuk menggalakkan pengurusan plaza tol dapat memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh orang ramai pulang ke kampung nanti.

Sumber Gambar: Warta Kota

Memetik CNN Indonesia, Budi menjelaskan pengecualian tarif tol itu merupakan salah satu pilihan kerajaan dalam menjangkakan sejumlah besar kenderaan semasa ‘mudik Lebaran’ itu nanti. Bagaimanapun, pihaknya masih menjangkakan kesesakan tidak akan berlaku dengan memaksimumkan perkhidmatan sedia ada.

“Namun, hanya jika terdapat kesesakan lalu lintas yang melebihi satu kilometer, kita dan pihak polis akan beri budi bicara untuk membenarkan tarif tol dikecualikan,” katanya.

Pada tahun lalu sejumlah besar rakyat Indonesia merempuh sekatan untuk balik beraya walaupun kes COVID-19 pada waktu itu agak tinggi. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah,

Nasihat Jangan Jadi Seperti Malaysia, Rakyat Indonesia Tenang Rempuh Sekatan Untuk Balik Raya

Enam Tahun Tidak Berjumpa Anak, Wanita Ini Rela Dipenjara Daripada ‘Patah Balik’

Sumber