Malaysia kini berada di dalam fasa endemik dan sempadan telah pun dibuka. Dengan hari Raya yang bakal menjelang, sudah semestinya lonjakan trafik bakal berlaku betul tak?

Apatah lagi bila sudah 2 tahun kita tidak beraya bersama dek kerana sekatan pergerakan ketika pandemik COVID-19! Mesti semua excited nak balik kampung!

Anda taukan lebuhraya PLUS boleh guna RFID? Anda boleh pilih mod pembayaran RFID dan nikmati ganjaran!

Raih RM20 Touch’n Go Reload Pin bila guna RFID hari-hari

Anda perasan tak makin banyak orang guna RFID sekarang ini? Anda pun kena lah mula gunakan RFID juga!

Bermula dari 8 April sehingga 2 Jun 2022, pelanggan RFID berpeluang untuk dapat pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20.

PLUSMiles juga tawar 10,000 mata ganjaran Raya ni!

Bagi yang dah selalu guna mata ganjaran PLUSMiles ni mesti anda tahu apa yang anda boleh dapatkan dengan mata ganjaran tersebut kan?Macam-macam boleh redeem! Termasuklah kredit TNG e-wallet sebanyak rfid.plus.com.my.

Jadi kalau anda gabungkan hasil kemenangan anda iaitu pin tambah nilai RM20 dan redeem TnG e-wallet sebanyak RM50 menggunakan mata ganjaran PLUSMiles ni anda akan dapat RM70! Kos pasang tag RFID pun cover, siap ada balance lagi untuk berbelanja.

Paling best, bukan seorang atau 2 orang tetapi 10 orang pengguna yang bertuah akan dipilih setiap hari sebagai pemenang berdasarkan kekerapan mereka menggunakan semua lebuhraya PLUS dan menggunakan RFID sebagai mod pembayaran.

Ada lebih daripada 5 juta mata ganjaran bakal diberikan guys! Bukan sikit-sikit tau.

Semua plaza tol akan terdapat sekurang-kurangnya 1 lorong RFID!

Untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung anda berjalan dengan lancar, pihak PLUS menggalakkan anda untuk guna mod pembayaran RFID yang akan berada sekurang-kurangnya 1 lorong di setiap plaza tol.

Sememangnya menarik pengalaman penggunaan RFID ini, lagi best sebab nak top-up pun boleh guna e-dompet sahaja! Tak perlu susah-susah cari tempat nak berhenti untuk tambah nilai. Lagi lambat anda sampai ke kampung halaman nanti.

Selain itu, anda tidak risau sekiranya RFID anda tidak ada bateri atau memerlukan sebarang alat. Anda hanya perlu tampal sahaja sticker RFID tersebut di bahagian depan kereta dan aktifkan dan sambungkan ke akaun Touch ‘n Go e-wallet anda. Dah boleh guna!

Tunggu apa lagi? Nak dapat ganjaran pun dah cukup mudah, jom tukar ke sistem RFID hari ini! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ni anda boleh ke laman web PLUS dengan klik di sini. Selamat pulang ke kampung halaman!

Tular pada minggu ini apabila Pak Cik Shell meluahkan rasa kecewa mengenai insiden pemilik van EV Singapura yang didakwa ‘curi’ elektrik di stesen pengecas pantas.

Pak Cik Shell Kecewa Lihat Pemilik Van EV Singapura ‘Curi’ Elektrik Di Stesen Pengecas Pantas

‘Pura-Pura Tidak Perasan Kereta Sendiri’- Tindakan Warga Singapura Ini Buat Netizen Bengang