Pasti ada daripada anda yang masih ingat akan kecanggihan mesin Thermomix berharga lebih RM7,188 yang pernah menjadi buah mulut netizen, bukan? Mesti ada yang sudah berkira-kira untuk dapatkan Thermomix.

Terbaharu, isteri kepada Achey Bocey iaitu Nor Hasanah ataupun dikenali sebagai Anne memuat naik gambar beliau dan keluarga bersama mesin Thermomix. Difahamkan, mesin Thermomix yang memiliki pelbagai guna itu dihadiahkan oleh suaminya sempena ulang tahun kelahirannya ke-29.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya seadanya serta berterima kasih kepada suaminya di atas hadiah istimewa yang diberikan.

Nampaknya Achey pun belikan isterinya hadiah sebuah mesin canggih Thermomix. Pasti pelbagai menu boleh dihasilkan dengan mudah dengan masukkan bahan, tekan dan siap.

Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang mesin Thermomix ini.

Thermomix, Mesin Bernilai RM7,188 Yang Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami

Kejadian Thermomix Meletup Tahun 2016 Kembali Jadi Bualan Hangat Netizen

Masak Dua Menu Secara Serentak, Periuk Nasi Berharga RM800 Menjadi Idaman Para Isteri