Majoriti percaya bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran pasti tidak tahu menghargai muzik, apatah lagi untuk mencipta muzik itu sendiri. Namun begitu, mereka terlupa bahawa Ludwig Van Beethoven yang merupakan komposer terkenal juga merupakan seorang OKU pendengaran. Dan kini, kumpulan muzik ExtraOrdinaryHorizons yang berasal daripada Kota Singa ini juga berjaya membuktikan bahawa golongan OKU pendengaran juga mempunyai citarasa muzik yang bagus.

Kumpulan ExtraOrdinaryHorizons ini telah ditubuhkan oleh penyanyi Lily Goh yang juga merupakan peserta OKU pendengaran di dalam rancangan Singapore Idol pada tahun 2004. Tujuan kumpulan ini ditubuhkan adalah untuk membangkitkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap komuniti OKU pendengaran di Singapura kepada seluruh dunia. Selain itu, objektif mereka juga adalah untuk memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok majoriti serta untuk diterima seadanya siapa diri mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saksikan bakat mereka dalam mendendangkan muzik yang diberi judul Deaf, Loud and Proud melalui video di bawah.

Sumber: Our Better World