Seperti yang kita sedia maklum, Kesatuan Eropah sudah pun meluluskan perundangan baharu yang mewajibkan penggunaan port USB-C. Selari dengan itu, Apple juga tidak terkecuali dalam mengadaptasi USB-C pada barisan produk mereka.

Menerusi perkongsian Bloomberg, Mark Gurman mengatakan Apple juga akan mengemas kini sokongan sambungan kepada USB-C menerusi sejumlah produk keluaran mereka. Apple dijangka melakukan perubahan tersebut pada barisan AirPods yang mana membolehkan pengecasan dengan mudah menggunakan sokongan USB-C.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: iDownloadBlog

Dalam pada masa yang sama, pelbagai aksesori Mac juga dijangka menambah sokongan USB-C termasuklah papan kekunci dan juga tetikus Mac. Apple dijangka bakal mengemas kini produk mereka ini dalam tempoh dua tahun kerana perlu melakukan sedikit kemas kini rekaan produk untuk menggunakan USB-C.

Tempoh ini juga selari dengan desakan Kesatuan Eropah agar kesemua pengeluar menyediakan barisan produk yang lengkap dengan sokongan sambungan USB-C sebelum boleh dijual di dalam pasaran terutamanya di Eropah.

Sumber