Jujur kami katakan bahawa kami mempunyai banyak kenangan bersama kedai Speedy. Setiap kali album baru keluar, pasti akan serbu ke cawangan Speedy terdekat untuk dapatkan album baharu.

Kini, penjualan DVD dan CD tidak lagi rancak seperti dahulu kerana orang ramai lebih memilih menonton di rumah dengan menggunakan aplikasi seperti Netflix, Iflix dan sebagainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedai Speedy sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita sebelum ini. Nampaknya, ini adalah pengakhiran untuk kedai Speedy dan pastinya ramai yang akan berasa sedih.

Semalam, Speedy Video Distributors Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa kesemua cawangannya di Malaysia akan ditutup. Hal ini diumumkan oleh Speedy menerusi Facebook rasminya.

DVD filem dan album dijual dengan harga promosi bermula serendah RM10 sahaja serta terdapat juga promosi beli 7 untuk harga RM35 sahaja. Buat anda yang ingin membuat koleksi filem atau album lagu yang ‘old-school’ masih boleh dapatkan jika terdapat stok di cawangan tersebut.

Tunggu apa lagi? Ini adalah promosi Speedy yang anda boleh dapatkan buat kali terakhir. Pihak Speedy turut mengucapkan terima kasih atas sokongan anda sebelum ini.

Apa kata kongsikan kenangan anda bersama Speedy. Sementara itu, kami kongsikan beberapa perniagaan yang terpaksa tutup operasi pada pautan di bawah ini.

Beroperasi Hampir 20 Tahun, Delicious Group Tutup Semua Cawangan Restorannya Secara Rasmi

Berjaya Tioman Resort Bakal Ditutup Selepas Lebih 50 Tahun Beroperasi

‘Usaha 2 Tahun Operasi 2 Bulan, Bila PKP Sebulan Terus Tutup Kedai’