Restoran makanan segera Wendy’s di Malaysia berhenti operasi berikutan penutupan hampir kesemua cawangan Wendy’s di sekitar Lembah Klang.

Bahkan terdapat khabar angin mengatakan bahawa Wendy’s akan menutup semua cawangannya selepas 31 Mac 2019 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara cawangan Wendy’s yang telah ditutup sekitar Lembah Klang adalah di IPC Damansara, Mont Kiara, Suria KLCC dan banyak lagi. Malah, beberapa cawangan luar dari Lembah Klang seperti di Johor Bahru dan Sabah juga dikhabarkan telah ditutup.

Screenshot 2019-03-28 at 9.48.32 AM

Laman sosial Instagram Wendy’s Malaysia juga tidak lagi aktif. Ini menguatkan lagi khabar angin penutupan cawangan Wendy’s di Malaysia. Cawangan Wendy’s di Berjaya Times Square, Penang dan Pahang masih dibuka dan akan ditutup setelah semua cawangan sekitar Lembah Klang telah ditutup secara rasmi.

Terdapat khabar angin di media sosial dimana penutupan tersebut disebabkan Berjaya Corporation Sdn. Bhd. mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui perjanjian francais bersama Wendy’s. Akan tetapi, sebab utama penutupan cawangan Wendy’s ini masih tidak diketahui dan pihak Wendy’s Malaysia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Screenshot 2019-03-28 at 9.57.37 AM

Minggu ini mungkin peluang terakhir untuk anda menikmati hidangan di cawangan Wendy’s yang terdekat dan masih beroperasi sebelum ia menghentikan operasinya. Selamat tinggal burger petak sedap Wendy’s Mushroom Melt.

Baca lagiChili’s Secara Mengejut Menutup Semua Cawangan Mereka Di Singapura