Sesiapa yang sering menggunakan laluan Genting Sempah, sudah pasti akan terjumpa dengan beberapa pengguna jalan raya yang kurang sensitif dengan memecut laju di jalan tersebut umpama berada di litar lumba.

Pada awal pagi semalam, ada sebuah motosikal dirakam nyaris menyebabkan kemalangan apabila penunggangnya memotong masuk ke lorong kanan walaupun jarak kenderaan dengan motosikal kurang beberapa meter sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula saat ke-14, motosikal itu yang berada di lorong tengah mula mengambil selekoh masuk ke lorong kiri. Kira-kira 10 saat kemudian, penunggang motosikal itu terus membelok masuk ke lorong kanan walaupun sudah tahu ada kenderaan di belakangnya sedang menuju ke hadapan.

Kejadian yang berlaku di lebuh raya kawasan Genting Sempah itu telah menarik perhatian warganet yang cukup bimbang dengan cara penunggang terbabit membawa motosikalnya.

“Dekat sini memang ramai rider layan corner. Mereka ini jenis suka pintas depan kereta macam ini la. Apa dia pikir kereta bergerak ke belakang ke?” tegur salah seorang netizen selepas menonton video tersebut.

Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia

Tambah orang ramai lagi, sudahlah di atas motosikal itu ada pembonceng dibelakangnya, ditambah pula dengan penunggang itu ‘seronok’ melayan corner boleh menyebabkan motosikal itu tidak stabil dan berkemungkinan kedua-duanya boleh terjatuh di atas jalan raya.

Justeru, warganet meminta agar sesiapa yang memandu atau menunggang motosikal di kawasan itu agar sentiasa membawa kenderaan dengan berhati-hati dan berhemah bagi mengelakkan kemalangan.

Manakala di kawasan Genting Highlands pula, pemilik stesen minyak terpaksa meminta bantuan polis untuk menyuraikan orang ramai yang mahu bergambar di situ.

Ramai Singgah Hanya Untuk Konten, Polis Terpaksa Bantu Kosongkan Stesen Minyak Di Genting Highlands

Penunggang Motosikal Cuai Dan Terburu-Buru, Nyaris Tersepit Semasa Cuba Menyelit

Bapa Ini Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Demi Sahut Cabaran ‘Willie’ Daripada Rakan

Sumber