Semua sektor ekonomi mungkin akan dibenarkan beroperasi semula di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan peraturan yang ketat, termasuk sektor kecantikan dan dandanan, lapor sumber kepada The Star dan Singapore Straits Times.

Kata sumber itu kepada The Star seperti dipetik oleh Malay Mail bahawa semua sektor ekonomi akan dibuka setelah diberitahu oleh persatuan perdagangan. Sumber itu turut mengakui bahawa kesan PKP 2.0 yang sedang berlangsung sekarang telah memberi impak buruk kepada peniaga kecil dan SME berbanding dengan PKP 1.0 tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Nasional (NSC) masih belum membincangkan mengenai peraturan ketat yang bakal dilaksanakan jika sektor ekonomi diberi kelulusan untuk dibuka semula, kata sumber kedua.

Manakala sumber The Star yang ketiga pula melaporkan bahawa syarat yang dikuatkuasakan di bawah PKP 2.0 ini akan diperhalusi semula dan dikaji secara individu.

Prosedur operasi standard (SOP) semasa akan tetap dijalankan tetapi akan lebih ketat jika sektor ekonomi dibuka. Ini kerana melalui laporan kerajaan, kebanyakan kluster yang baru adalah terlahir disebabkan ketidakpatuhan dengan SOP sedia ada.

Manakala sumber ST pula menyebut bahawa “Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan pertemuan maya dengan kumpulan perdagangan yang relevan minggu ini untuk memberi penerangan mengenai SOP baru”.

Laporan itu menyebut antara perniagaan yang bakal dibuka termasuk dengan sektor kecantikan dan dandanan, peruncit dan perkhidmatan mencuci kereta. Manakala sektor pembuatan dan pembinaan juga akan terus dibuka dengan SOP yang lebih ketat.

Untuk rekod, PKP 2.0 kini telah dikuatkuasakan di seluruh negara sejak awal tahun lalu dan telah dilanjutkan sehingga 18 Februari kecuali beberapa kawasan di negeri Sarawak.

Terdahulu, kerajaan Malaysia dikatakan bakal melaksanakan penutupan ekonomi sekiranya kes COVID-19 tidak menurun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan Malaysia Bakal Laksanakan Penutupan Ekonomi Sekiranya Kes COVID-19 Tidak Menurun?

Tidak Baik Untuk Ekonomi, Bank Mungkin Tidak Setuju Dengan Lanjutan Moratorium