Setiap negara mempunyai menu McDonald’s yang berbeza-beza mengikuti citarasa pasaran tempatan, begitu juga dengan McDonald’s di Malaysia.

Baru-baru ini pasangan suami isteri ‘influencer‘ dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalid Al Ameri dan Salama Mohamed memuat naik satu video Instagram mengenai pengalaman mereka makan menu McDonald’s yang ada di Malaysia.

Baca Juga:

Dalam video berdurasi 90 saat itu, Khalid dan Salama telah memesan beberapa jenis makanan dan minuman yang tiada di McDonald’s UAE seperti nasi lemak, ayam goreng, bubur ayam, serta chicken & beef foldover.

Selepas selesai merasai kesedapan makanan dari McDonald’s di sini, mereka mencuba pula air Kopi Susu dan Lychee Berry dari McCafe. Khalid cukup menggemari air kopi tersebut, manakala Salama lebih memilih air Lychee Berry.

Telatah pasangan suami isteri itu menikmati menu McDonald’s membuatkan peminat mereka terhibur.

Bagi sesetengah peminat Khalid & Salama yang pernah ke Malaysia, mereka turut akui menu McDonald’s Malaysia antara yang tersedap mereka rasai.

Sumber Gambar: IG @khalidalameri
Sumber Gambar: IG @khalidalameri
Sumber Gambar: IG @khalidalameri
Sumber Gambar: IG @khalidalameri

Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh menyatakan pasangan suami isteri itu bernasib baik kerana mesin ais krim di Malaysia tidak rosak seperti di negara-negara lain, jadi mereka berdua boleh menikmati kesedapan ais krim McDonald’s tersebut.

Pada masa sama Khalid dan Salama turut menegaskan kepada penonton video mereka bahawa semua menu McDonald’s di Malaysia adalah halal,  boleh dimakan tanpa was-was.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran video itu telah mendapat lebih 735,000 tontonan, 59,400 likes dan 1,100 komen.