Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Ini adalah senjata buatan sendiri yang mungkin dilihat kurang kemas dan tidak sehebat pistol yang ada di pasaran, tetapi telah membunuh bekas pemimpin Jepun Shinzo Abe, semalam.

Gambar dari serangan yang mengejutkan memaparkan pembunuh – dikenal pasti sebagai veteran tentera berusia 41 tahun Tetsuya Yamagami – melemparkan senjata api yang dibalut dengan pita hitam beberapa saat selepas menembak mati bekas perdana menteri itu.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Senjata itu berada tidak jauh darinya saat pihak berkuasa menahannya dan beberapa saat selepas itu, yang lain mula sibuk menyelamatkan Abe, 67, yang akhirnya meninggal dunia akibat terkena tembakan Yamagami.

Imej-imej itu menunjukkan apa yang kelihatan seperti senapang patah dua laras, dengan dua tiub dilekatkan di atas badan kayu dan pemegang hitam.

Senjata api buatan tangan ini kelihatan serupa dengan senapang era zaman Perang Saudara, di mana serbuk mesiu atau propelan dimuatkan secara berasingan, menurut N.R. Jenzen-Jones, pengarah Perkhidmatan Penyelidikan Persenjataan, sebuah firma penyiasatan senjata.

Selain itu, polis turut menemui beberapa bahan letupan semasa serbuan di rumah Yamagami, dan suspek mengaku bahawa dia telah “menghasilkan beberapa pistol dan bahan letupan setakat ini,” kata penyiar awam NHK.

Polis berkata mereka turut merampas senjata buatan sendiri yang serupa, serta komputer peribadinya semasa serbuan di kediamannya.

Laporan lain mengatakan bahawa dia memberitahu polis pada mulanya dia merancang untuk meletupkan Abe, tetapi memutuskan untuk menggunakan pistol kerana khuatir bom kurang berkesan.

Pegawai tentera berkata Yamagami telah berada dalam Pasukan Bela Diri Maritim selama tiga tahun – dari 2002 hingga 2005 – dan merasa ‘kecewa’ dengan Abe.

Bagi agensi keselamatan di seluruh negara, terutamanya AS, ancaman semakin meningkat dengan mereka yang menggunakan senjata api yang dibuat dengan pencetak 3D.

Britain pada Jun 2019 mensabitkan seorang lelaki berusia 26 tahun, Tendai Muswere, kerana membuat senjata api dengan pencetak 3D yang mampu melepaskan tembakan maut. Polis berkata ini adalah sabitan pertama yang dikaitkan dengan pistol yang dibuat menggunakan pencetak 3D.

Senapang cetak 3D merupakan masalah besar bagi agensi penguatkuasaan undang-undang kerana ia boleh dibuat di mana-mana sahaja dan terlepas daripada peraturan.

Jika memang pembunuh Jepun itu menggunakan senapang cetakan 3D, persoalan akan timbul tentang bagaimana dia berjaya menyelinap masuk dan berada berhampiran dengan bekas Perdana Menteri Jepun itu walaupun terdapat kumpulan keselamatan.

Jepun adalah antara negara yang mempunyai undang-undang senjata api yang paling ketat di dunia.

Rakyatnya dilarang memiliki pistol, dan pemburu berlesen hanya boleh memiliki senapang — dan itupun hanya selepas menghadiri kelas, lulus ujian bertulis dan menjalani penilaian kesihatan mental dan pemeriksaan latar belakang.

Abe bekas PM Jepun ditembak, identiti suspek didedahkn kepada umum. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Abe Bekas PM Jepun Ditembak, Identiti Suspek Didedahkan Kepada Umum