Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan sekiranya rakyat Malaysia mahu berkahwin dengan warganegara asing di Malaysia dan daftar perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Warga Malaysia:

1. Kad pengenalan asal

  • Salinan kad pengenalan

2. Gambar berwarna (ukuran pasport)

3. Dokumen berkaitan sekiranya berstatus duda/janda

4. Salinan kad pengenalan wali

5. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi perkahwinan

6. Salinan sijil perkahwinan ibu bapa

7. Sijil kursus pra-perkahwinan

8. Borang Ujian Saringan HIV dan keputusan ujian HIV

9. Borang 2C – boleh dapatkan di Jabatan Agama Islam negeri

10. Borang 1 – hanya jika alamat di kad pengenalan berbeza dengan alamat tempat tinggal terkini

11. Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)

Warganegara asing:

1. Passport asal

  • Salinan fotostat maklumat diri
  • Salinan fotostat maklumat tarikh ketibaan terkini ke Malaysia
  • Salinan fotostat Visa/Pas yang sahlaku

2. Gambar berwarna (ukuran pasport)

3. Sijil lahir bagi warganegara asing

4. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi perkahwinan

5. Surat Akuan Memeluk Agama Islam atau kad Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama

6. Surat pengesahan taraf perkahwinan

  • Surat asal dan salinan fotostat
  • Terjemahan asal oleh jurubahasa bertauliah sekiranya surat bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  • Tempoh sahlaku (6 bulan jika tiada tempoh sahlaku)

7. Surat kebenaran menikah daripada pihak kedutaan negara asal di Malaysia

8. Jika duda/janda, sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu

9. Surat keterangan diri dari pihak agama/berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)

10. Surat kebenaran untuk berkahwin daripada Jabatan Imigresen kepada pemegang visa/pas pelajar atau pekerja am

11. Borang Ujian Saringan HIV dan keputusan ujian HIV

12. Borang 2C – boleh dapatkan di Jabatan Agama Islam negeri

13. Borang 1 – boleh guna alamat bakal pasangan dan dapatkan pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu

Maklumat tambahan:

1. Warganegara asing tidak diwajibkan hadiri atau memiliki sijil kursus pra-perkahwinan

2. Dokumen-dokumen salinan fotostat perlu disahkan oleh pihak berkelayakan

Mohon tambah jika ada dokumen yang kami terlepas pandang.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram