Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan sekiranya rakyat Malaysia mahu berkahwin dengan warganegara asing di Malaysia dan daftar perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara.
Warga Malaysia:
1. Kad pengenalan asal
- Salinan kad pengenalan
2. Gambar berwarna (ukuran pasport)
3. Dokumen berkaitan sekiranya berstatus duda/janda
4. Salinan kad pengenalan wali
5. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi perkahwinan
6. Salinan sijil perkahwinan ibu bapa
7. Sijil kursus pra-perkahwinan
8. Borang Ujian Saringan HIV dan keputusan ujian HIV
9. Borang 2C – boleh dapatkan di Jabatan Agama Islam negeri
10. Borang 1 – hanya jika alamat di kad pengenalan berbeza dengan alamat tempat tinggal terkini
11. Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Warganegara asing:
1. Passport asal
- Salinan fotostat maklumat diri
- Salinan fotostat maklumat tarikh ketibaan terkini ke Malaysia
- Salinan fotostat Visa/Pas yang sahlaku
2. Gambar berwarna (ukuran pasport)
3. Sijil lahir bagi warganegara asing
4. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi perkahwinan
5. Surat Akuan Memeluk Agama Islam atau kad Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama
6. Surat pengesahan taraf perkahwinan
- Surat asal dan salinan fotostat
- Terjemahan asal oleh jurubahasa bertauliah sekiranya surat bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
- Tempoh sahlaku (6 bulan jika tiada tempoh sahlaku)
7. Surat kebenaran menikah daripada pihak kedutaan negara asal di Malaysia
8. Jika duda/janda, sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu
9. Surat keterangan diri dari pihak agama/berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)
10. Surat kebenaran untuk berkahwin daripada Jabatan Imigresen kepada pemegang visa/pas pelajar atau pekerja am
11. Borang Ujian Saringan HIV dan keputusan ujian HIV
12. Borang 2C – boleh dapatkan di Jabatan Agama Islam negeri
13. Borang 1 – boleh guna alamat bakal pasangan dan dapatkan pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu
Maklumat tambahan:
1. Warganegara asing tidak diwajibkan hadiri atau memiliki sijil kursus pra-perkahwinan
2. Dokumen-dokumen salinan fotostat perlu disahkan oleh pihak berkelayakan
Mohon tambah jika ada dokumen yang kami terlepas pandang.