Menerusi acara WWDC 2017 yang berlangsung pada minggu lepas, Apple turut membuat beberapa kemaskini melalui model iMac sedia ada dengan penyertaan spesifikasi terbaru. Seminggu berlalu dan akhirnya Apple Malaysia telah mula berkongsi harga bagi setiap model iMac versi 2017.

Menerusi kemaskini terbaru, Apple telah memilih untuk menggunakan processor terbaru daripada Intel iaitu Intel Kaby Lake dimana ianya merupakan cip generasi ketujuh daripada Intel.

Selain itu, Apple turut menggelarkan paparan yang digunakan pada iMac sebagai ‘the best Mac display ever’ dengan penyertaan paparan 4K display pada iMac 21.5-inci dan 5K display 27-inci. Details yang dapat dilihat di skrin juga dikatakan bertambah baik berbanding model sebelumnya begitu juga dengan keterangannya.

Buat anda yang mahukan kepantasan yang maksima, anda juga berpeluang untuk menambah slot RAM sehingga 64 GB menerusi model ini. Memandangkan ianya model terbaru, Apple turut menambah 2 slot Thunderbolt 3 USB-C sekaligus menjadikan iMac 2017 sebagai desktop pertama daripada Apple yang menggunakan slot terbaru ini.

Adakah anda salah seorang yang bercita-cita untuk upgrade iMac anda setelah lama digunakan? Berikut merupakan senarai harga terbaru bagi model iMac 21.5-inci dan 27-inci.

Seperti yang dapat anda lihat, harga penjualan model terbaru iMac bermula dengan harga RM5,099 sehingga RM10,099. Harga yang dinyatakan tidak termasuk sebarang upgrade dan anda boleh mula membuat tempahan di Apple Store Malaysia.