Selepas mengeluarkan teaser serta mengeluarkan gambar awal mengenai model terbaru Perodua, jenama nampaknya pada kali ini secara rasminya mengumumkan nama serta senarai harga rasmi bagi model SUV mereka iaitu Aruz.

Berdasarkan harga yang diumumkan para pengguna berpeluang mendapatkan model ini pada harga serendah RM72,200.00 dan sehingga RM77,200.00 tidak termasuk insuran buat Semenanjung Malaysia. Harga yang diumumkan nampaknya berjaya membuatkan orang ramai teruja melihat kepada perbezaan harga yang ketara berbanding pesaing jenama lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Perodua-Aruz-SUV-official-leaflet_BM-850×445
Sumber: Paul Tan
Perodua-Aruz-SUV-official-leaflet-1-850x626_BM
Sumber: Paul Tan
Aruz-Pricelist-850x578_BM-630×428
Sumber: Paul Tan

SUV model terbaru ini mempunyai keupayaan sistem keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) yang sebelum ini dipertingkatkan kepada Myvi di mana ianya mampu berhenti apabila mengesan ada pejalan kaki di hadapan dari kelajuan 50 km/h.

Perodua menampilkan model terbaru ini dengan enjin yang efisien bertaraf EEV dengan Dual DVVT-i 1.5L 2NR yang sama seperti enjin Myvi dengan penggunaan bahan api sebanyak 15.6km/l dan juga mempunyai sistem ‘start/stop’ automatik.

All New Terios is My DNA.mp4_snapshot_00.06 rear kembara

Meskipun SUV Perodua Aruz ini dibina di kilang yang sama dengan Toyota Rush, ianya mempunyai banyak perbezaan dari segi binaan bamper depan dan belakang, gril dan kemasan sisi serta kemasan dalam lampu LED depan dan belakang juga berbeza sama sekali dengan binaan yang dilakukan kepada model Toyota Rush.

Model ini mempunyai kandungan bahan tempatan yang melebihi 90 peratus dan dibina oleh vendor-vendor milik anak tempatan Malaysia seperti apa yang diimipikan oleh bapa automotif negara kita.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber