Ekoran pandemik COVID-19, dua tahun Malaysia tidak dapat mengadakan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka seperti tahun-tahun terdahulu. Bagaimanapun tahun ini kita bakal mengadakan perarakan semula di lokasi yang sama.

18 jalan utama di sekitar pusat bandaraya akan ditutup dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari pada 26 hingga 29 Ogos dan 31 Ogos 2022 bagi menjayakan perarakan di Dataran Merdeka pada hujung bulan ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Azmi Abu Kassim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dua jalan akan ditutup sepenuhnya pada 26 Ogos ini bagi memberikan laluan raptai skeleton dilakukan, membabitkan Jalan Sultan Hishamuddin ke Dataran Merdeka dan Jalan Raja (Dataran Merdeka).

“Seterusnya, lebih banyak jalan akan ditutup pada 27 hingga 29 Ogos bagi menjayakan raptai penuh perarakan Hari Kebangsaan 2022.

“Namun tiada penutupan jalan dilaksanakan pada 30 Ogos. Walau bagaimana pun, penutupan jalan akan disambung pada 31 Ogos dan lebih banyak laluan utama di sekitar Dataran Merdeka yang akan terlibat,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-65, Ini 5 Promosi Menarik Untuk Anda Dapatkan Esok

Memetik laman Paultan.org, antara jalan-jalan utama yang terlibat dalam penutupan tersebut adalah:

Dari 26–29 Ogos 2022
  1. Jalan Raja (Dataran Merdeka).
  2. Jalan Travers ke Dataran Merdeka dan semua kenderaan dari arah Jalan Bangsar akan dilencongkan ke Jalan Damansara menghala arah Parlimen.
  3. Susur ke Jalan Travers dari Jalan Damansara (dari arah Lebuhraya Seremban, belakang Muzium Negara). Semua kenderan akan dilencongkan ke Jalan Parlimen.
  4. Jalan Damansara iaitu susur Jalan Travers (ke arah Dataran Merdeka).
  5. Susur Jalan Damansara (ke arah Parlimen) di mana kenderaan dari arah Parlimen akan dilencongkan ke arah Bangsar.
  6. Jalan Lembah (Masjid Negara) dan Jalan Tugu (Klinik Tangling) menghala ke Bulatan Hishamuddin dan kenderaan dari Jalan Parlimen menghala ke Jalan Tangling akan dilencongkan ke Jalan Cenderawasih (Masjid Bukit Aman) dan menghala semula ke Jalan Parlimen.
  7. Susur ke Bulatan Hishamuddin di Jalan Kinabalu dari arah Selayang menghala ke Cheras dan kenderaan akan dihalakan terus ke Jalan Loke Yew (arah Cheras).
  8. Susur ke Jalan Sultan Hishamuddin (menghala ke Dataran Merdeka) di Jalan Kinabalu dari arah Cheras menghala ke Selayang dan semua kenderaan dihalakan ke arah Selayang.
Bagi 31 Ogos 2022
  1. Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka dan semua kenderaan dari arah Bangsar akan dilencongkan ke arah Jalan Damansara menghala ke Parlimen.
  2. Susur ke Jalan Travers di Jalan Damansara dari arah Lebuhraya Seremban (belakang Muzium Negara) dan semua kenderaan dari arah Lebuhraya Seremban dilencongkan terus ke arah Parlimen.
  3. Susur Jalan Damansara (ke arah Parlimen) di mana kenderaan dari arah Parlimen akan dilencongkan ke arah Bangsar.
  4. Jalan Lembah (Masjid Negara) dan Jalan Tugu (Klinik Tangling) menghala ke Bulatan Hishamuddin dan kenderaan dari Jalan Parlimen menghala ke Jalan Tangling akan dilencongkan ke Jalan Cenderawasih (Masjid Bukit Aman) dan menghala semula ke Jalan Parlimen.
  5. Susur ke Bulatan Dato Onn menghala ke Bank Rakyat di Jalan kinabalu dari arah Cheras hala ke Selayang. Semua kenderaan akan dihalakan ke arah Selayang
  6. Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi (Sogo) sehingga ke Dataran Merdeka.
  7. Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka. Kenderaan akan dilencongkan ke arah Jalan Dang Wangi.
  8. Jalan Murshi Abdullah (Jakel) ke arah Jalan Dang Wangi, dan kenderaan dilencongkan ke Jalan Ampang (Air Terjun Bukit Nanas)
  9. Jalan Dang Wangi (hadapan stesen minyak Petron) dan kenderaan dari arah Jalan Bunus 6 akan dilencongkan ke Jalan Ampang (Air Terjun Bukit Nanas).
  10. Jalan Bonus 6 ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Semua House).

Sekiranya jalan-jalan yang disenaraikan di atas merupakan merupakan laluan utama anda atau bakal menuju suatu lokasi menggunakan laluan tersebut, anda bolehlah mencari laluan alternatif yang lain.

Bagi pembaca yang ingin menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, disaran menggunakan pengangkutan awam dan datang seawal mungkin bagi memudahkan perjalanan anda serta mengelakkan kesesakan.

Ini pula 5 promosi menarik yang perlu anda dapatkan sempenah Hari Kemerdekaan Ke-65 ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-65, Ini 5 Promosi Menarik Untuk Anda Dapatkan Esok

Secret Recipe Tawarkan Hadiah Bernilai RM2.5 Juta Sempena Ulang Tahun Ke-25

DG Hisham Tegur Imej ‘Bajet Cool’ Noh Salleh Merokok Di Acara KLFW 2022

Sumber