Ibubapa akan bangga bilamana anak mereka terus boleh berjalan tanpa perlu merangkak. Selalunya anak yang sudah pandai duduk, mereka akan diletakkan didalam 'Baby Walker' supaya mereka dapat terus berjalan.

Sebenarnya, pengalaman seorang bayi merangkak memainkan peranan penting di dalam perkembangan tulang belakang, visual, emosi, keseimbangan dan pelbagai lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Amatlah merugikan jika anak anda terlepas daripada melalui fasa ini. Biarkan mereka mengambil seberapa lama masa yang mereka perlu untuk merangkak kerana manfaat yang mereka perolehi akan membantu perkembangan diri mereka.

1. Membantu untuk fokus

Masalah hilang fokus berkait rapat dengan Symmetric Tonic Neck Reflex (STNR). Daripada kajian Dr. Miriam Bender yang ditulis didalam buku Stopping ADHD, beliau berkata,

“Sekurang-kurangnya 75 peratus gangguan belajar disebabkan STNR yang belum matang.”

STNR membantu seseorang mengendalikan bahagian atas (tangan, leher, bahu) dan bawah badan (kaki, pinggang) secara bebas. Selalunya STNR matang ketika bayi berusia 9 hingga 12 bulan. Merangkak membantu kematangan STNR. Apabila STNR tidak matang, simptom-simptom seperti berikut akan berlaku:

  • Kecenderungan jatuh ketika duduk di atas kerusi. Kesukaran untuk duduk diam di atas kerusi dan kesukaran menyalin perkara di papan putih. Tidak mampu menumpukan perhatian pada waktu yang lama dan selalu cuai.

2. Membina Kemahiran Visual

Merangkak juga mempengaruhi perkembangan kemahiran visual.

Ketika bergerak ke satu tempat yang lain, bayi akan melihat jauh ke tempat yang dituju dengan menggunakan keupayaan menganggar jarak. Kemudian bayi tersebut akan kembali melihat tangannya dan melaraskan fokus mata yang akan melatih otot mata dan meningkatkan penglihatan binokular.

Semasa membuat pergerakan bersilang antara tangan kiri dan tangan kanan, bayi tersebut akan cuba mengimbangi fokus antara dua mata. Penglihatan binokular yang baik penting ketika membaca, menulis, memandu, menangkap bola dan sebagainya.

3. Menggalakkan Pergerakan Bersilang (Cross Pattern Movement)

Ketika bayi merangkak, tangan dan kaki akan saling bersilang kiri dan kanan. Ia diumpamakan seperti harimau yang sedang berjalan dan dipanggil sebagai pergerakan bersilang.

Pergerakan ini membentuk asas kepada kemahiran yang memerlukan koordinasi motor. Otak kanan dan otak kiri pula akan saling bekerja sama ketika proses ini berjalan. Bahagian yang menyambungkan otak kanan dan otak kiri ini dipanggil sebagai corpus callosum.

Dengan memperkasakan corpus callosum, kanak-kanak akan lebih mudah melakukan aktiviti seperti membaca dan menulis. Dari segi emosi pula, corpus callosum membantu mengimbangi daya kreativiti dan logik pada satu masa.

Untuk kanak-kanak yang selalu bergolek ke tepi dan merangkak tanpa bersilang kaki dan tangan, anda boleh mengamalkan permainan ‘Anak Harimau’.

4. Menguatkan tulang belakang

Merangkak melibatkan aktiviti seluruh badan. Apabila kanak-kanak merangkak, ia menguatkan tangan dan kaki. Membantu menguatkan otot-otot di bahu, lengan, kaki dan tangan dengan pergerakan mengangkat badan melawan graviti. Bayi akan bergerak ke kiri dan ke kanan ketika merangkak. Bayi juga akan cuba membengkokkan dan meluruskan badan. Pergerakan ini sangat membantu dalam pembentukkan tulang belakang.

5. Pemahaman Ruang

Merangkak memberi peluang kepada bayi untuk memahami konsep ruang. Ia membantu bayi untuk memahami hubungan mereka dengan dunia sekeliling.

Sebagai contoh, selepas seketika, bayi akan belajar bagaimana untuk pergi ke suatu tempat dengan lebih pantas daripada apa yang dia alami dan praktis. Pemahaman ini amat penting dalam perkembangan minda untuk menyelesaikan masalah dan navigasi.

Kemahiran ini membantu pemandu kereta untuk memasuki tempat letak kereta melintang

3crawling3a

6. Membantu Membina Motor Halus

Merangkak melibatkan otot-otot kecil seperti otot di tangan dan kaki. Otot ini penting untuk menyuap nasi, memegang pensil, menulis dan melukis. Bayi yang membawa berat badan ketika merangkak, akan juga membangunkan dan mengukuhkan lagi otot-otot kecil dipanggil motor halus.

Pengukuhan awal motor halus ini memberi kelebihan ketika di sekolah. Kanak-kanak yang mempunyai motor halus yang bagus akan lebih selesa menulis dan mampu memberi fokus lebih kepada pembelajaran.

7. Membina Keyakinan

Merangkak mempengaruhi pembangunan sosio-emosi bayi. Emosi positif dan negatif diluahkan ketika kemahiran merangkak ini berkembang.

Apabila bayi mula bebas bergerak, mereka perlu melalui halangan fizikal yang akan menyebabkan mereka terjatuh atau cedera. Mereka mungkin berjaya atau gagal melalui halangan fizikal tersebut.

Mereka akan mempelajari limitasi diri seorang manusia dan kebolehan yang mampu mereka capai.

Mereka akan belajar menetapkan matlamat untuk mencapai kehendak mereka. Menetapkan matlamat membantu membina sosio-emosi bayi tersebut.

BACA: 17 Idea Buat Mainan Anak Dari Bahan Yang Ada Di Rumah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram