Australia merupakan salah satu destinasi tumpuan rakyat Malaysia untuk bercuti tidak kira sebagai solo traveler atau bersama keluarga tersayang. Ramai yang tersalah anggap mengenai kos ke negara yang sinonim dengan kangaru ini adalah mahal seperti di negara-negara Eropah.

Melalui sebuah perkongsian tips oleh Azlin Farida Abdul Hamid di Facebook kos perbelanjaan di Melbourne adalah antara yang paling murah, malah lebih murah daripada Singapura dan Thailand. Sama seperti kebanyakan orang yang pastinya ingin membelikan buah tangan kepada rakan taulan dan sanak saudara di Malaysia, Azlin berkongsi senarai tempat untuk membeli pelbagai buah tangan di sekitar Australia. Berikut merupakan 9 lokasi beli belah terkemuka di Australia.

1. Chemist Warehouse

chemist warehouse

Minyak wangi, supplemen seperti Berocca, Blackmores, Vicks, Hacks, Fish Oil, alat solek, set penjagaan kulit seperti Cetaphil, syampu dan barang keperluan bayi seperti nappy cream organik atau yang biasa boleh didapati disini. Harga minyak wangi di sini lumayan murah. Barangan set amatlah sesuai untuk dibuat hantaran. Produk suplemen menjadi tumpuan rakyat China memandangkan harga produk yang murah.

2. Target

5 target—west-melbourne-fl_43148142390_o

Di sini anda boleh membeli belah pelbagai produk seperti pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, bayi, permainan kanak-kanak, barang keperluan rumah, alat tulis dan macam-macam lagi. Baju kanak-kanak juga cantik dan murah, semurah AUD2 (~RM5.80) sahaja untuk T-shirt.

3. Big W

bigw

Pasaraya Big W pula sesuai dijadikan lokasi untuk memborong coklat, pakaian, permainan kanak-kanak, set pinggan mangkuk Corelle dan periuk kuali non stick berkualiti. Harga Corelle 1 set tidak melebihi RM180. Sesuai untuk anda yang suka mengumpul set pinggan mangkuk.

4. Kmart Australia

kmart

Sama seperti di Target, Kmart sesuai untuk anda yang ingin membeli pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. Selain itu permainan kanak-kanak, alat tulis, barang elektrik, perhiasan rumah dan barang kelengkapan bayi. Ada beberapa cawanga Kmart di Melbourne yang dibuka 24 jam tetapi terletak di pinggir bandar Melbourne.

5. Queen Victoria Market

a6e9dc55-3fd4-4a5a-a3a4-e018af8007e2_1528778355

Lokasi ini terkenal dengan cenderamata khas Australia, buah-buahan dan pelbagai makanan.

6. Coles Supermarket

coles

Sama juga seperti di pasar raya sebelumnya, harga barangan seperti coklat, barangan keperluan rumah, snek, buah-buahan,, air kopi Dare, air chocolate Barista amatlah murah.

7. Woolworths Supermarket

woolworths

Lebih kurang seperti di Coles Supermarket, sesetengah produk yang dijual di Coles adalah lebih murah dan ada juga produk di Woolworths yang lebih murah. Disini anda perlu bijak membandingkan harga dan kualiti sesuai kehendak anda.

8. Direct Factory Outlet

dfo

Ada beberapa cawangan pusat beli belah Direct Factory Outlet yang boleh dikunjungi di Melbourne. Antara yang paling mudah untuk dikunjungi ialah DFO South Wharf. Pusat membeli belah ini menawarkan jenama-jenama terkemuka seperti Bonds, Cotton On, Typo, Fila, Nike, Vans, adidas, Puma dan banyak lagi. Peminat kasut pastinya tidak melepaskan peluang untuk membeli sepasang dua kasut idaman. Golongan yang kurang berminat kepada kasut juga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kerana harganya yang lebih murah berbanding pusat beli belah terkenal di Malaysia seperti Johor Premium Outlet atau Mitsui Sepang.

9. Chadstone Shopping Centre

chadstone

Terkenal dengan reka bentuk bangunan yang menarik, Chadstone Shopping Centre antara pusat beli belah yang patut dikunjungi. Semua lokasi beli belah yang telah disenaraikan di atas seperti Target, Kmart, Coles Supermarket, Woolworths Supermarket, Chemist Warehouse boleh ditemui disini dan yang paling penting, Parking free. Pastikan anda tidak meletakkan kenderaan di kawasan khas untuk pengunjung yang tidak melebihi 60 minit.

Anda layak untuk menuntut semula cukai Value-Added-Tax (VAT) jika berbelanja melebihi AUD300 (~RM870) di satu-satu tempat. Simpan resit pembelian untuk tujuan pengkreditan semula cukai ke akaun. Resit boleh diserahkan di kaunter cukai di Lapangan Terbang Avalon jika menaiki pesawat tambang murah.

51447798_526245324530237_7043526188236537856_n

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang bakal melancong ke Melbourne tidak lama lagi. Selamat membeli-belah.