Seperti yang anda tahu, Malaysia kini menduduki tangga ke-5 antara pasport terbaik di dunia. Dalam pada itu, rakyat Malaysia bebas untuk melawat 153 negara tanpa visa. Sudah semestinya ini berita baik buat para pengembara tegar. Buat anda yang masih tercari-cari negara manakah yang mahu dikunjugi pada tahun ini, jangan risau kerana ada banyak negara yang boleh anda pergi tanpa perlu pening memikirkan soal visa diluluskan atau tidak.

BACA: Apa Yang Saya Pelajari Setelah Gagal Mendapatkan Visa Pakistan

Selain pengalaman ‘ditendang balik’, menunggu jawapan kepada permohonan visa diluluskan juga merupakan satu hal yang sangat membimbangkan bagi pengembara. Mana tidaknya, kadang-kadang persiapan sudah disusun rapi tetapi permohonan visa pula tidak diluluskan. Memang kecewa sungguh, hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu perasaan ini.

Untuk melihat senarai lengkap yang terkini negara bebas visa untuk rakyat Malaysia, anda boleh semak secara langsung di Passport Index (klik di sini). Senarai yang dikeluarkan ini lebih terperinci dan mudah difahami. Senarai disusun mengikut kategori Free Visa, ETA (Electronic Travel Authority) dan VOA (Visa On Arrival).

Saint Kitts and Nevis

Oleh itu, kami di Vocket mencadangkan 10 negara yang mungkin seronok dan jarang dikunjungi pelancong Malaysia.

1. Andorra
2. Belize
3. Guatemala
4. Micronesia
5. Montenegro
6. Saint Kitts and Nevis
7. Liechtenstein
8. Suriname
9. Trinidad and Tobago
10. Vatican City

Jika anda yang pernah travel ke salah satu negara yang tersenarai di atas dan mahu berkongsi pengalaman bersama kami, anda boleh hantarkan artikel ke email [email protected] atau ke [email protected].

Tak sabar nak dengar!

Update:

Anda juga boleh layari laman ini untuk membuat semakan status visa Malaysia. Selamat melancong!