Menonton drama atau filem di Netflix sudah menjadi satu norma baharu bagi sebahagian kita semua yang melanggan penstriman ini. Lebih seronok jika segala rancangan di Netflix ditonton bersama keluarga tersayang ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sentiasa menawarkan kandungan yang menarik kepada pengguna, Netflix baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan beberapa filem dan drama terbaharu pada Julai tahun ini.

1. Trilogi filem seram-horror Fear Street

Filem trilogi horror, Fear Street, adaptasi daripada novel trilogi Fear Street bakal ditayangkan di Netflix bermula pada 2 Julai (Fear Street Part 1: 1994), 9 Julai (Fear Street Part 2: 1978) dan 16 Julai 2021 (Fear Street Part 3: 1666).

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang berdepan dengan sumpahan ahli sihir dan pembunuh misteri yang sudah lama ‘buat kacau’ dan sering membunuh remaja yang tinggal di kawasan pekan Shadyside di Amerika Syarikat.

Difahamkan, sumpahan serta ancaman di pekan Shadyside ini telah berlaku sejak tahun 1666. Berikutan itu, sekumpulan remaja yang hidup pada tahun 1994 ditugaskan untuk mengakhiri ancaman serta sumpahan ini. Mampukah mereka melawan kawasan jahat ini?

2. Filem peperangan epik Dynasty Wariors

Filem Dynasty Wariors merupakan adaptasi daripada gabungan kisah fantasi dalam novel Romance of The Three Kingdom dan jalan cerita dalam permainan Dynasty Warrior yang sesuai untuk dimainkan menerusi konsol Sony PlayStation 4.  

Filem ini mengisahkan tentang tampuk pemerintahan Panglima Dong Zhou semasa Dinasti Han yang berpecah-belah akibat korupsi dan gila kuasa dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya. Melihat keadaan yang tidak terkawal, Liu Bei, tertarik untuk mengambil jawatan Dong Zou.

Susulan itu muncul Lu Bu, pemimpin kumpulan pemberontak yang tidak berdiam diri lalu ingin berperang dengan Liu Bei bagi merebut jawatan pemerintah Dong Zou. Siapakah yang akan menjadi pemimpin China seterusnya? Anda boleh tonton pertarungan epik antara Lu Bu dan Liu Bei dalam Dynasty Warriors pada 1 Julai di Netflix.

3. Siri anime Residen Evil: Infinite Darkness

Resident Evil sangat dikenali sebagai CD permainan video horro-survival yang kini sudahpun terjual lebih 110 juta unit di pasaran seluruh dunia. Meraikan 25 tahun francais Resident Evil, Netflix dengan ini menerbitkan siri anime, Resident Evil: Infinite Darkness yang akan disiarkan pada 8 Julai 2021.

Berdasarkan trailer, Resident Evil: Infinite Darkness mengisahkan tentang Leon dan Claire yang berperang menentang ‘zombie’ yang menyerang White House. Difahamkan ada orang dalam yang terlibat dengan konspirasi penyebaran virus ‘zombie’ di Amerika Syarikat. Jangan lupa tonton!

4. Drama siri Never Have I Ever: Season 2

https://www.youtube.com/watch?v=cKubo68ziZA

Setelah berjaya mencuri perhatian penonton dengan telatah komedi di musim yang pertama, Netflix akhirnya kembali menerbitkan Never Have I Ever musim yang kedua. Anda boleh tonton siri ini bermula pada 15 Julai ini.

Sedikit sinopsis, drama ini mengisahkan tentang seorang wanita India bernama Devi Vishwakumar yang terdesak dalam percintaan. Untuk tujuan itu, Devi mengambil keputusan untuk menilai serta dilema dalam memilih salah seorang antara dua jejaka pilihan hatinya iaitu Ben dan Paxton.

Dalam perbincangan bersama rakan-rakannya, timbul satu idea gila di mana Devi akan bercinta bersama Ben dan Paxton dalam masa yang sama. Bagaimanakah cinta tiga segi antara mereka ini bakal berkesudahan? Jangan lupa tonton Never Have I Ever musim kedua.

5. Drama Korea Kingdom: Ashin of the North

Senarai rancangan kegemaran Netflix memang tidak lengkap jika tiada filem atau drama Korea. Terbaharu, drama Korea, Kingdom: Ashin of the North bakal bersiaran di Netflix pada 23 Julai ini.

Kingdom: Ashin of the North merupakan kesinambungan daripada drama Kingdom musim kedua. Kali ini ia mengisahkan tentang Ashin, seorang wanita muda yang menuju ke sebuah hutan untuk mencari satu tumbuhan misteri yang boleh menghidupkan semula orang yang telah mati.

Ayah Ashin melarang tetapi Ashin masih tetap ingin mencari tumbuhan tersebut untuk menyembuhkan ibunya yang sakit parah. Semasa di hutan, penuh kejadian misteri telah berlaku termasuknya munculnya serangam ‘zombie’. Adakah tanaman tersebut yang menghidupkan semula orang yang telah mati menjadi zombie? Tonton drama ini di Netflix dan anda akan tahu jawapannya.

Baca lagi 5 sebab mengapa anda mesti tonton drama Nevertheless di Netflix menerusi klik pada pautan di bawah.

5 Sebab Mengapa Anda Mesti Tonton Drama Nevertheless Di Netflix

Donnie Yen Akui ‘Takut Mati’ Ketika Berlakon Bersama Mike Tyson Dalam Ip Man 3

Jadi ‘Ikon’ Orang Tak Puasa, Anak Bell Ngasri Kena Senda Di Sekolah