24 Februari ini bakal menjadi hari yang memeningkan kepada para peminat sneakers kerana ada 3 kasut awesome yang akan dilancarkan pada hari esok. Jadi di sini kami senaraikan kasut yang akan berada di pasaran Malaysia esok.

1. Nike Air Jordan ‘1 Bred Toe’

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini adalah kasut paling ditunggu-tunggu sejak tahun lalu oleh peminat setia Air Jordan. ‘Bred Toe’ menggabungkan skema warna terkenal Air Jordan 1 dan menurut nike.com, ianya akan berada di butik Nike terpilih seluruh negara.

Yang pasti setakat ini ianya akan dijual di cawangan JD Sports, Hoop Station dan butik Nike di lembah Klang pada harga pasaran RM629.00.

2. Nike PG2 X PlayStation

dav
dav

Model PG2 ini memang sangat-sangat dinantikan peminat setia PlayStation terutamanya dan menurut laman Product Nation, ianya boleh dibeli secara online di nike.com pada harga pasaran RM439.00. Jika anda ingin melihat kasut ini dengan lebih lanjut, tekan di sini.

3. Adidas X Neighborhood NMD_R1 PK NBHD

Neighborhood kembali berkolaborasi bersama adidas untuk model NMD_R1 PK NBHD. Tidak ramai yang bercerita tentang kasut ini kerana masing-masin lebih fokus kepada AJ1 ‘Bred Toe’. Model ini akan dijual di Crossover Concept Store dan tiada harga didedahkan buat masa ini.

Ini adalah top 3 release untuk hari esok dan tepuk dada tanya mana satu yang berkenan di hati sebab setiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.