Vlogger terkenal Cupcake Aisyah atau Nur Aisyah Razip,18, sememangnya terkenal dengan koleksi sneakers yang ‘cool’ sesuai dengan jiwa muda. Minatnya dalam mengumpul koleksi sneakers ini bermula dari tahun 2013 lagi.

Aisyah aktif berkongsi gambar ‘OOTD’ atau outfit of the day di laman sosial Instagramnya yang mempunyai hampir 400,000 pengikut. Jadi tidak hairanlah apabila gadis ini dinobatkan sebagai ‘Top Lifestyle Influencer 2017’ di Influence Asia 2017.

Gadis ini juga telah memuat naik video mengenai koleksi sneakersnya di YouTube.

Berikut kami kongsikan antara koleksi sneakers yang dimiliki oleh Cupcake Aisyah.

1. Nike
Menurut Aisyah, sneakers berjenama Nike merupakan kasut pertama yang dibelinya pada tahun 2013. Sehingga kini Nike tetap menjadi salah satu jenama kesukaannya. Padanan OOTD ini cukup simple dan bersesuaian dengan peringkat umurnya.

https://www.instagram.com/p/BXKViSMFkeP/

https://www.instagram.com/p/7pL9I3hF6m/?taken-by=cupcake_aisyah

2. adidas
Sneakers dari adidas merupakan salah satu pilihan Aisyah untuk dipadankan dengan gaya sehariannya. Lihat saja bagaimana gadis ini menyesuaikan pemilihan sneakers yang menjadikannya kelihatan comel dan bergaya. Koleksinya turut diserikan dengan edisi adidas Ultraboost Uncaged yang boleh didapatkan di laman web adidas Malaysia dengan harga sekitar RM850.

https://www.instagram.com/p/BSLaIkVF70N/

https://www.instagram.com/p/BKxcZ6ogENk/?taken-by=cupcake_aisyah

3. Vans
Vans menjadi pilihan para peminat sneakers tidak kira lelaki mahupun wanita. Sama seperti Cupcake Aisyah yang juga menjadikan sneakers dari jenama Vans mengisi koleksi kasut pilihannya. Gadis comel ini sering memadankan sneakers Vans dengan sweater atau sweatshirt yang membuatkan si pemakainya kelihatan santai namun tetap bergaya.

https://www.instagram.com/p/BWFGmjilvHt/?taken-by=cupcake_aisyah

4. adidas Yeezy
Siapa tak kenal jenama Yeezy keluaran penyanyi rap yang juga suami Kim Kardashian, Kanye West. Cupcake Aisyah mempunyai sepasang kasut Yeezy V2 yang sering digayakan dengan jeans putih dengan padanan top berhud. Gadis comel ini yang turut berkongsi citarasa dengan abangnya, Hakim Razip yang juga memiliki Yeezy. #siblingsgoals!

https://www.instagram.com/p/BQH6mjwAqFO/?taken-by=cupcake_aisyah

https://www.instagram.com/p/BQP-F_zACkZ/?taken-by=cupcake_aisyah

5. Gucci
Sneakers dari jenama Gucci turut tersenarai dalam koleksi sneakers yang sering digayakan oleh Cupcake Aisyah. Pilihan top yang simple dan jeans menampilkan gaya classy. Lebih cool lagi, Aisyah juga berkongsi minat dan citarasa dengan ibu dan juga abangnya. Awww..so sweet!

https://www.instagram.com/p/BcKB-Ozln5L/?taken-by=cupcake_aisyah

6. Converse
Peka dengan trend terbaru dari Converse, Aisyah baru-baru ini terlihat menggayakan koleksi kolaborasi GOLF le FLEUR x Converse berwarna merah jambu. Koleksi terhad ini hanya terdapat dalam tiga warna iaitu Bachelor Blue, Jade Lime dan Geranium Pink.