Walaupun ramai yang masih bercakap tentang Avengers: Infinity War, ramai yang sudah berkira-kira tentang watak mana yang akan muncul dalam Avengers 4.

Laman YouTube Looper telah berkongsi senarai antara watak yang mereka yakin akan muncul dalam Avengers 4 nanti. Penerangan secara terpeinci ini diambil berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh para pengarah serta pelakon Avengers itu sendiri dan gambar-gambar tertiris dari set penggambaran Avengers 4.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Dalam video berdurasi 11 minit di atas antara watak secara sah akan muncul dalam Avengers 4 adalah Ant-Man, Black Panther, Black Widow, Captain America, Captain Marvel, Falcon, Gamora, Hawkeye, Hulk, Iron Man, Mantis, Nebula Scarlet Witch, Spider-Man,Thor, Vision, War Machine, WASP dan Winter Soldier.

Agak menarik apabila nama watak-watak yang sudah ‘mati’ turut ada dalam video oleh Looper ini. Pengarah Avengers sendiri berkata setiap watak yang mati tidak akan muncul dalam Avengers 4. Watak-watak lain seperti Dr Strange dan Star-Lord tidak tersenarai walaupun ada watak-watak ini penting untuk Avengers 4.

Senarai ini hanyalah senarai tidak rasmi yang dikeluarkan Looper. Betul atau tidak, itu kita perlu tunggu Avengers 4 tahun hadapan. Yang kami tidak sabar semestinya kemunculan kembali watak Hawkeye!

Anda Mungkin Suka