Sejak mula wabak COVID-19 tersebar, orang ramai seakan tertanya-tanya dan terus berspekulasi mengenai kehadiran wabak ini. Meskipun ramai yang mendakwa wabak ini bermula dari sebuah pasar makanan laut di Wuhan, China terdapat juga beberapa individu dan pakar yang mempunyai teori yang sebaliknya.

Menurut Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton dalam sebuah temu bual Sunday Morning Futures, beliau dengan tegas mengatakan kerajaan China sememangnya sebuah kerajaan yang tidak lekang dengan penipuan. Kenyataan beliau dibuat setelah mendakwa kerajaan China sanggup menipu mengenai angka sebenar mangsa yang dijangkiti wabak coronavirus.

Congressional Lawmakers Briefed On Situation In Iran And Iraq
Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton. Sumber: The Daily Beast

Menurut beliau, virus yang sudah meragut lebih 1,700 ini berpunca dari sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak tidak jauh dari pasar basah Wuhan.

Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang bukti mengenai dakwaan yang dibuat serta mengaitkannya dengan ketidakjujuran China.

Selain Tom Cotton, laporan dari South China University of Technology turut merumuskan perkara yang sama dimana wabak coronavirus ini berkemungkinan besar berasal dari sebuah makmal di Wuhan.

9fcd0956fa9af66216ef796fd8f9453ff277a55237adae362d1b28220ce92e55
Sumber: The Local Germany

Kenyataan ini dikuatkan lagi selepas makmal ini menyimpan 605 ekor kelawar yang berpotensi sebagai pembawa penyakit bagi mengkaji dengan lebih mendalam mengenai penyakit penafasan yang dihidapi oleh haiwan ini.

Setakat ini masih belum dipastikan sama ada dakwaan yang dibuat senator Amerika Syarikat ini hanyalah sekadar tuduhan untuk tujuan tertentu atau sebaliknya.

Ikuti lagi beberapa artikel hangat mengenai wabak coronavirus melibatkan beberapa negara lain.

Coronavirus Buat Rakyat Jepun ‘Cemburu’ Cara Kerajaan Malaysia Jaga Kebajikan Rakyat

Kerana Coronavirus, Kerajaan Jepun ‘Hadiahkan’ 2,000 iPhone Buat Penumpang Kapal Persiaran

Pegawai Tinggi Korea Utara Ditembak Mati Selepas Keluar Dari Pusat Kuarantin Coronavirus Tanpa Kebenaran

Sumber